Hina Malaysia!!! Ini Tindakan Undang-Undang Yang Boleh Diambil Oleh Kerajaan


Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon Singapura telah menyatakan wanita tersebut bukan lagi rakyat Singapura.

Dimaklumkan ketika dia melakukan perbuatan menghina Malaysia dan MH370 dia berada diluar Malaysia maka kesalahan itu bukan dibawah bidangkuasa undang-undang di Malaysia.

Saya bersetuju utk individu ini disekat dari masuk Malaysia. Tindakan ini boleh dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

Tetapi hanya sekatan masuk Malaysia tidak memadai. Kerana saya rasa individu ini mungkin tidak berminat untuk masuk ke Malaysia.

Kerajaan perlu melakukan tindakan yang lebih tegas tanpa kompromi dan mengikut undang2.

Kerajaan perlu menyiasat dimanakan individu ini berada dan mengambil tindakan undang undang kepada wanita tersebut berdasarkan undang2 di negara berkenaan.

Tindakan undang2 yang boleh diambil oleh kerajaan Malaysia adalah:

1. Tindakan jenayah - laporan jenayah perlu dibuat oleh kedutaan Malaysia di negara tempat wanita itu membuat persembahan menghina negara kita. Tindakan jenayah dapat diambil oleh negara berkenaan kepada wanita tersebut kerana menghina Malaysia dan mewujudkan pemusuhan dan ketidakharmonian kepada Negara Malaysia dan perasan tidak senang kepada keluarga mangsa2 MH370.

2. Tindakan sivil. Wisma Putra melalui Kedutaan Malaysia juga boleh memulakan tuntutan sivil kepada wanita berkenaan di negara dimana wanita itu melakukan persembahan supaya dapat memberi teladan kepada wanita berkenaan. Wanita tersebut wajar membayar pampasan ganti rugi kepada kerajaan Malaysia atas tindakannya menjatuhkan reputasi negara kita.

3. Nota Bantahan. Kerajaan Malaysia perlu mengunakan saluran diplomatik dengan menghantar nota bantahan kepada kerajaan dimana wanita mendapat kerakyatan baru supaya tindakan dapat diambil kepada wanita tersebut mengikut undang2 di negara berkenaan.

Diharapkan kerajaan memandang serius pekara ini bukan hanya menyekat kemasukan wanita ke Malaysia malah mengambil tindakan undang2 supaya dapat memberikan teladan kepada mana mana individu atau kumpulan yang cuba atau ingin memburuk burukan nama baik negara kita Malaysia.

Daripada? Dato Hishamuddin Hashim 
Setiausaha Agong
Malaysia International Humanitarian Organisation.