KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa ( MHO ) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan ( PAKIN ) mengutuk tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockholm baru-baru ini. Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, bukan sahaja dalam negara sebaliknya dunia perlu mengutuk perbuatan yang mengundang kebencian perkauman menggunakan nama agama. Kata Hishamuddin, walau apapun alasan, tindakan pelampau sayap-kanan Sweden-Denmark tersebut amat memalukan dan merupakan amalan ekstremis yang cuba menghasut dan membuat provokasi serius terhadap perasaan lebih dua bilion umat Islam di dunia. “Ini percubaan untuk mencetuskan kebencian dan keganasan. Kita perlu kutuk, keji perbuatan ekstremis ini yang cuba sebar kebencian terhadap kesucian serta nilai Islam dan menjadi contoh membimbangkan mengenai Islamophobia. “Perbuatan ini bakal menjejaskan keselamatan dan kestabilan yang tidak konsisten dengan nilai mengho...