Skip to main content

5 Ladang Babi Di Pulau Pinang Dijangkiti Penyakit Demam Babi Afrika


NIBONG TEBAL - Pulau Pinang mengisytiharkan penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) di negeri itu sebagai bencana selepas lima lagi ladang ternak babi dijangkiti penyakit itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, hingga hari ini, ia menjadikan keseluruhan tujuh ladang ternak babi telah dijangkiti ASF dan membabitkan 25,000 ekor haiwan di semua ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat.

"Kerajaan negeri telah mengisytiharkan kejadian penyakit ASF di Pulau Pinang sebagai bencana setelah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengesahkan setakat ini, tujuh ladang babi komersial telah dijangkiti iaitu masing-masing lima di Seberang Perai Selatan (SPS) di sini dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT), dekat sini.

"Pengesahan penyakit dibuat melalui ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan oleh Makmal Veterinar Zon Utara Bukit Tengah bermula 4 hingga 12 Januari lepas ke atas sampel babi dari ladang-ladang ternak babi di negeri ini sebelum mendapati tujuh daripadanya dijangkiti ASF," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan JPV Pulau Pinang dan wakil penternak babi di Perkampungan Valdor, di sini bagi mengetahui perkembangan terkini jangkitan ASF di ladang-ladang kawasan itu, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPV, Dr Akma Ngah Hamid.

Kon Yeow berkata, bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, JPV Pulau Pinang telah menjalankan stamping out policy menerusi pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF secara berperingkat dengan bangkainya ditanam di situ atau kawasan khas disediakan kerajaan negeri.

"Pemusnahan dijalankan menggunakan kaedah gas CO2 (berkepekatan tinggi) mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan iaitu Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum bangkai-bangkai babi ditanam secara sempurna," katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini, sebanyak 929 ekor babi iaitu dari ladang pertama yang dikenal pasti dijangkiti ASF telah dimusnahkan dan pemusnahan akan diteruskan pada hari ini membabitkan ladang kedua iaitu 2,500 ekor babi berikutan terdapat banyak kematian babi di ladang terbabit dan dijangka memakan masa lebih kurang satu minggu untuk diselesaikan.

Menurutnya, aktiviti pemusnahan itu tidak dapat dimulakan dengan lebih awal akibat kekangan kawasan di ladang ternakan untuk dijadikan tapak pelupusan babi dan kesemua 25,000 ekor haiwan itu di tujuh ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat serta dijangka memakan masa berminggu-minggu.

"Menurut pihak JPV Pulau Pinang, apabila seekor babi dijangkiti ASF, kesemua haiwan yang ada di ladang itu perlu dimusnahkan dan ekoran itu, kerajaan negeri akan menyediakan kawasan tanah berhampiran jalan raya atau lebuh raya di negeri ini untuk menanam bangkai babi yang dimusnahkan kerana kekangan tanah di ladang ternak babi dan saya minta orang ramai tidak panik dengan situasi itu lagipun ASF tidak menjangkiti manusia," katanya.

Kon Yeow berkata, bagi mengesan jangkitan dan perebakan penyakit ASF di kawasan berhampiran, pihak berkuasa menjalankan aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan bagi kesemua ladang ternakan babi dalam radius lima kilometer dari ladang yang terlibat.

Katanya, aktiviti pemantauan dan pemeriksaan karkas juga giat dijalankan di semua rumah sembelih babi berlesen di Pulau Pinang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan penyakit ASF itu akan terus merebak di ladang lain.

"Pihak polis juga mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di jalan-jalan masuk ke kawasan Perkampungan Valdor sejak 10 Jan lepas dan ia dijalankan bagi mengawal pergerakan keluar serta masuk babi hidup dan karkas babi dari kawasan jangkitan seterusnya mengawal penularan penyakit ASF ini ke kawasan lain," katanya.

Kon Yeow berkata, hingga kini, kaedah pencegahan penyakit ASF yang berkesan dan disarankan ialah melalui amalan biosekuriti ladang yang baik dengan tidak membenarkan lori pengangkut babi dan lori makanan ternakan masuk ke dalam ladang, ladang mempunyai pagar perimeter bagi mencegah kemasukan babi hutan atau haiwan liar ke dalam ladang dan pelbagai lagi.

Beliau juga meminta kerjasama penternak dan orang awam agar segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada JPV Pulau Pinang menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit melalui talian 04-5041047. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...