SHAH ALAM: Kontroversi isu pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan bekas sah mengikut syarak. Menurut laporan Berita Harian Online, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, mengesahkan pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan suami terdahulunya, sah mengikut syarak. Hakim Syarie, Salehan Yatim memutuskan pernikahan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, dan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand, empat tahun lalu adalah sah mengikut hukum syarak. Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak kepada mahkamah. "Mahkamah berpuas hati dengan keterangan plaintif dan responden, saksi-saksi, dokumen-dokumen yang diserahkan selain pernikahan itu menggunakan wali hakim dan saksi. "Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengi...