Skip to main content

Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ Dikecam Netizen.

Iklan untuk isteri jadi kontroversi, iklan yang dilihat berunsur lucah itu mula tular di media sosial sejak semalam, iklan tersebut turut dikecam oleh netizen.

Menurut laporan mStar Online, walaupun tiada adegan separuh bogel atau mengghairahkan, tetapi dialog yang digunakan dalam iklan tersebut berbaur lucah.

Selain dialog, terdapat juga adegan dan audio yang membawa konotasi seks yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan untuk lapisan umum.

Iklan berdurasi kira-kira 1 minit dan 22 saat yang memaparkan dua pelakon sebagai suami isteri itu dikatakan mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki.

Ia bermula dengan pertengkaran pasangan itu apabila si isteri tidak puas hati dengan tenaga batin suaminya sehingga menemui produk yang dikatakan mampu membantu menyelesaikan masalah mereka.

Terdapat adegan si suami dipaksa tidur di luar bilik selepas pertengkaran itu, disusuli narator yang berkata: “Suami sering tertekan sehingga buah menjadi pilihan isteri.”

Produk mengenai kekuatan tenaga batin lelaki kini semakin banyak dipromosikan di laman sosial tetapi biasaannya hanya memaparkan model wanita cantik dan lelaki berbadan sasa.

Video yang kini tular mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata menyifatkan ia tidak sensitif, dan dibimbangi memberi kesan kepada golongan muda terutama bawah umur kerana penyiarannya boleh ditonton secara umum di media sosial.

*****nya iklan macam ni. Tulah sekarang banyak budak-budak yang terikut nafsu. Nak cuba sesuatu hingga banyak yang hamil luar nikah.

“Nak salahkan siapa kalau iklan mcam ni tersebar luas. Kisah suami isteri tak payah nak ditayang sangat mcam ni. Macam orang yang tak beriman,” kata seorang netizen


Jika mahu mempromosikan produk berkenaan, seorang netizen berpendapat ia sepatutnya dilakukan secara kreatif tanpa mempromosikannya secara terang-terangan.

“Kalau nak buat iklan macam ni, tak payah nak cakap terang-terang, orang dah faham kau nak jual apa, kau punya pelanggan bukan kecil nak suruh dia beli, orang dewasa kot pasaran kau. Dalam video ni kau kena kreatif sahaja dan menjaga sentiviti orang sekeliling.”

Iklan itu turut didakwa hanya untuk melariskan jualan produk: “Bila produk dah tak laku beginilah jadinya. Kalau produk bagus iklan sopan pun laris je.”

Malah terdapat netizen menyentuh bahawa iklan tersebut dikaitkan dengan kes penceraian: “Majoriti mendirikan sesebuah rumah tangga itu berasaskan nafsu, sebab itu zaman sekarang banyak kes penceraian.”

Dalam pada itu, seorang netizen menggesa ibu bapa supaya memberi perhatian terhadap penyebaran iklan tersebut daripada ditonton anak-anak mereka.

“Ibu bapa sila berhati-hati dengan iklan-iklan macam ni, jangan bagi anak-anak terpengaruh,” katanya. - mStar Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...