Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

Gambar Menteri Langgar SOP Tular

Penganjur program pertanian bandar yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memohon maaf kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP). Kelab Pencinta Alam Kolam Takungan Banjir Sungai Midah memohon maaf kepada Annuar dan orang ramai kerana gagal mematuhi SOP ketika menjemput menteri melawat tapak projek komuniti mereka. "Saya bagi pihak masyarakat di sini meminta minta maaf kepada Tan Sri (Annuar) dan rakyat Malaysia. Kita akui itu kelemahan kita. "Bila Tan Sri datang kita jemput dia minum di pondok kebun pertanian dalam bandar kita, itu pun sekejap saja. "Tan Sri dah ingatkan (gambar tak patuh SOP) nanti akan tular, sebab itu dia cepat-cepat berlalu," kata pengerusinya, Zainuddin Amran ketika dihubungi Malaysiakini. Semalam, Annuar sekali lagi didakwa melanggar SOP PKP selepas gambarnya bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tersebar di media sosial. Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke ma...

Shuib Dan Siti Sarah Dikompaun Langgar SOP

LIPIS: Pasangan selebriti, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad dan isterinya, Siti Sarah Raissuddin masing-masing didenda RM1,000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran, di sini pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit. Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun. "Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit. "Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu. Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti m...

Gelaran Datuk Farid Kamil Dan Boy Iman Ditarik Balik

Istana Pahang menarik balik dan membatalkan anugerah darjah kebesaran negeri, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk daripada dua pelakon tanah air. Mereka adalah Farid Kamil Zahari dan Noruliman A. Rahman atau lebih kenali sebagai Boy Iman.Tarikh surat penarikan semula darjah kebesaran daripada dua artis itu adalah pada 1 Februari lalu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak berkata, selain dua pelakon itu, terdapat tiga individu lagi yang DIMP mereka ditarik balik. “Mereka adalah Wong Shee Kai@Ricky, Tran Thi Mai @Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” katanya dalam kenyataan di sini. Salehuddin berkata, penama itu tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan. Jelasnya, mereka juga perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang. – UTUSAN ONLINE

Kerana Saksi Tidak Sihat, Perbicaraan Kes Najib Tangguh Lagi

Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kerana saksi ke-10 pihak pendakwaan, dilaporkan tidak sihat. Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan sidang pagi itu setelah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam. "Saksi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, iaitu Mohd Hazem Abd Rahman demam dan cuti sakit. Beliau tidak dapat memberi keterangan hari ini," kata Mohamad Mustafa. Hakim kemudian mengarahkan saksi untuk menjalani ujian swab dan menangguhkan perbicaraan pada pukul 1 tengah hari. Mohamad Mustafa kemudian memberitahu mahkamah bahawa saksi seterusnya yang akan memberi keterangan ialah bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Tan Sri Mazidah Abdul Majid. Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah...

Kaitkan Hakim Dengan Mahathir, Ramesh Rao Mengaku Tak Bersalah

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengaitkan hakim perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC) dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. Dia sebelum ini mendakwa bahawa hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali merupakan cucu Mahathir. Mohd Nazlan adalah hakim yang mendengar perbicaraan Najib dan mensabitkan ahli parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Hakim terbabit menetapkan Najib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Tuduhan ke atas Ramesh dibacakan di Mahkamah Sesyen Taiping pagi ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menggunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi secara tidak wajar. Hakim Zulhelmy Hasan kemudian membenarkan Ramesh diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. Zulhelmy kemudian menetapkan 1 Mac untuk sebutan semula kes berkenaan. Peguam Shamser Singh Thind m...

Kes Rasuah Projek Solar Hibrid, Rosmah Hadir Di Mahkamah

Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi hujahan kes rasuah yang dihadapinya berhubung projek solar hibrid di sekolah luar bandar Sarawak. Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka membuat keputusan ke atas isteri bekas Perdana Menteri itu, sama ada beliau bebas atau diarah membela diri, berkaitan tuduhan tersebut. Terdahulu, pada 11 Dis 2020, pihak pendakwaan menutup kes ini selepas 23 saksi dipanggil memberi keterangan. Hakim memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis sebelum 28 Dis dan 4 Jan lalu serta mengemukakan jawapan balas pada 29 Jan. Mahkamah turut menetapkan 10 Feb untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada Rosmah dibebaskan daripada pertuduhan atau diperintahkan untuk membela diri. Pada 15 Nov 2018, Rosmah mengaku ...

DOJ Mulakan Sita RM1.34B 'Dana 1MDB' Dari Firma Guaman UK

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memulakan proses untuk menyita AS$ 330 juta (RM1.343 bilion) dari sebuah firma undang-undang terkemuka di United Kingdom. DOJ, melalui Badan Jenayah Nasional UK, mengeluarkan waran itu di pejabat London Clyde & Co. Waran itu mensasarkan AS$ 330 juta yang dikawal oleh Clyde & Co bagi pihak pelanggan di National Westminster Bank, menurut media UK, The Guardian yang melihat dokumen mahkamah. DOJ percaya wang itu dikaitkan dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB. DOJ pada tahun 2016 memperincikan tiga fasa di mana dana yang berkaitan dengan 1MDB disalurkan secara sistematik melalui rangkaian transaksi yang kompleks. Pada tahun 2017, ia juga mendedahkan fasa keempat di mana rangkaian transaksi "skim penipuan Ponzi" dirancang untuk menyembunyikan fakta bahawa wang berkenaan telah dicuri. Tindakan DOJ terhadap Clyde & Co adalah khusus untuk fasa pertama, yang melibatkan usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International. Dirujuk sebagai f...

Pasangan Pengantin Dengan 17 Pengiring Ingkar PKP Ditahan

Seramai 19 orang termasuk pasangan pengantin ditahan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika sesi bergambar di tepi sungai berdekatan Taman Nilam di sini pada Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, pasangan pengantin dan pengiring yang berpakaian sedondon ditahan ketika sedang leka bergambar di kawasan tersebut pada pukul 6.30 petang. Menurutnya, mereka yang ditahan itu ialah dua lelaki dan 17 wanita berusia antara 18 hingga 27 tahun. Sementara itu, katanya, pasangan pengantin yang berasal dari pulau peranginan itu pula berusia 28 dan 24 tahun. “Ketika ditahan, pasangan pengantin dan individu yang ditahan itu masih berpakaian sedondon untuk sesi bergambar,” katanya di sini hari ini. Menurut Shariman, kesemua mereka dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang atas kesalahan tersebut. – K! ONLINE

Ketua Polis Balai Ditahan Positif Syabu

  Seorang ketua balai polis di Selangor ditahan selepas didapati positif dadah, Selasa lalu. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata ketua balai tersebut merupakan antara lapan pegawai dan anggota menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur. “Ketua balai tersebut didapati positif dadah jenis syabu manakala tujuh anggota dari balai sama didapati negatif selepas menjalani ujian saringan air kencing,” katanya ketika dihubungi, hari ini. "Pemeriksaan dan ujian saringan dadah dijalankan terhadap mereka selepas menerima aduan dan maklumat berhubung pesta tersebut,” katanya. - Bernama

Mahkamah Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Islam

Seorang wanita hasil perkongsian hidup bapa berlaianan agama berjaya mendapatkan pengisytiharan di mahkamah bahawa dia seorang bukan Islam. Mahkamah Persekutuan memutuskan Rosliza Ibrahim, yang bapanya seorang Islam tetapi ibunya tidak, tidak pernah menjadi menjadi orang Islam. Keputusan itu dibuat setelah sembilan panel hakim dipenegrusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mendengar rayuan Rosliza hari ini. Mahkamah memutuskan tiada bukti atau rekod menunjukkan wanita yang dibesarkan oleh ibunya yang beragama Buddha dari kecil itu pernah menganut Islam. Mahkamah memutuskan kes ini berbeza dengan kes Lina Joy yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi mahu keluar agama. Kerajaan Selangor menjadi responden pertama untuk rayuan hari ini, diikuti oleh Majlis Agama Islam Selangor (Jais). Rosliza merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2017 yang tidak membenarkan saman pemulanya untuk mendapatkan pengisytiharan bukan Islam. Pada April 2018, Mahkamah Rayuan ...

Pasar Malam, Kedai Gunting Dan Pusat Cuci Kereta Dibenarkan Beroperasi

     Kerajaan hari ini membenarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat mulai esok (Jumaat). Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga aktiviti perniagaan itu dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. “Setelah berbincang dan melihat bahawa tiada kluster-kluster baharu yang dihasilkan oleh ketiga-tiga aktiviti ini. “Maka mesyuarat bersetuju untuk meluluskan pasar malam dibenarkan beroperasi dari pukul 4 petang hingga 10 malam dengan mematuhi SOP yang ketat, antara jarak gerai dan gerai satu meter, laluan keluar masuk berbeza dan kawalan yang ketat oleh RELA,” katanya Bagi kedai gunting dan salun, ia dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam dengan hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan. "Perkhidmatan lain seperti ‘facial’ (rawatan muka) tidak dibenarkan. "SOP ketat iaitu petugas perlu pakai pelitup muka dan juga lebih baik jika ada face shield, ...

Ibu Cari Nafkah Hantar Makanan Hancur Kaki Dirempuh Lori 😥

SANDAKAN: Seorang ibu yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari nafkah hancur kaki kiri selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Labuk, di sini pada Rabu. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan baru selesai menghantar pesanan di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang. “Akibat rempuhan, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut. “Pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu. Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - As...

Dakwaan Tommy Thomas YDP Agong Mahukan Wan Azizah Karut - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak tahu menahu tentang peletakan jawatannya sebagai perdana menteri pada tahun lepas. Dalam jawapan balas sebanyak 35 perenggan yang disiarkan di blognya, Dr Mahathir turut menjelaskan, nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail langsung tidak disebut sebagai perdana menteri interim. Dr Mahathir juga menegaskan dakwaan Tommy bahawa nama Wan Azizah pernah dicadangkan sebagai perdana menteri interim sebagai karut. "Tommy tidak tahu apa-apa langsung berkenaan peletakan jawatan saya. Menurut Tommy, saya beritahu kepadanya bahawa Agong mahukan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim (sementara). "Ini cerita karut. Selepas menerima dengan berat hati peletakan jawatan saya, Agong cadangkan saya sebagai Perdana Menteri Interim. Nama Wan Azizah tidak pernah disebut oleh Agong sebagai Perdana Menteri Sementara," katanya. Berikutan merupakan kenyataan penuh Dr Mahathir: TOMMY THOMAS 1...

Saya Dan Tommy Baik Sahaja, Malah Cadangkan Anugerah Tan Sri Untuknya - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa hubungan beliau dan Tan Sri Tommy Thomas baik-baik sahaja sewaktu kedua-duanya menjawat jawatan tinggi dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Dalam catatan terbaharu di blognya hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, malah beliau sendiri yang mencadangkan anugerah Tan Sri kepada bekas Peguam Negara itu sewaktu tempoh khidmat Tommy hampir tamat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau sedar langkah untuk melantik seorang peguam bukan Melayu untuk menjawat jawatan itu bakal menerima kecaman, tetapi beliau berasakan ia adalah keputusan terbaik pada waktu itu. “Pas tidak pernah secara langsung minta untuk dia (Tommy) digugurkan. Tetapi saya telah terima banyak kecaman kerana dia, dan saya fikir dia tidak perlu lagi disambung perkhidmatan setelah tamat. “Tetapi apabila saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri, Tommy datang berjumpa saya untuk beritahu yang memandangkan saya yang lantik dia dan saya bukan lagi PM maka dia juga rasa perlu letak jawa...

PKPD Di Terengganu Dan Perak Mulai Esok

Tiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan masing-masing dua di Terengganu dan satu di Perak bagi mengawal jangkitan COVID-19 dalam komuniti dan seterusnya memutuskan rantaian pandemik itu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD itu akan bermula esok dan diteruskan sehingga 17 Feb ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar di ketiga-tiga lokaliti. “Bagi lokasi pertama di Felda Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, 45 kes positif COVID-19 daripada 420 ujian saringan telah direkodkan. “Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD bagi memudahkan pelaksanaan saringan secara bersasar yang melibatkan 583 penduduk di 198 buah rumah serta mengawal jangkitan dalam komuniti di Felda itu,” menurutnya dalam kenyataan media mengenai perkembangan PKP hari ini. Beliau berkata satu lagi kawasan di Terengganu membabitkan tapak bina Kuarters TNB Ku...

Isa Samad Dihukum Penjara 6 Tahun, Denda RM15.4 Juta

Bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan denda RM15.45 juta selepas didapati bersalah dalam sembilan pertuduhan rasuah. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan bahawa Mohd Isa dihukum penjara bagi setiap satu kesalahan yang disabitkan. Bagaimanapun hakim membenarkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak. Bagi hukuman denda, Mohd Isa boleh dikenakan hukuman penjara bagi setiap kesalahan jika gagal melunaskannya. Kata hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pihak pembelaan Mohd Isa gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes yang dibawa pihak pendakwaan. Isa sebelum ini dihadapkan dengan sembilan pertuduhan menerima rasuah untuk dirinya sendiri. Dia didakwa menerima wang bernilai RM3.09 juta daripada anggota Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, melalui Muhammad Zahid Md Arip. Habuan berkenaan diberi kepada Mohd Isa sebagai imbuhan atas bantuannya meluluskan Hotel Merdeka Palace ...

Ebit Lew Berdepan Hukuman Denda RM100,000 Atau Penjara 3 tahun Sekiranya Terus Bantu Penduduk Di Pulau Semporna

PENDAKWAH bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih mesra dikenali ustaz Ebit baru-baru ini meraih perhatian ramai apabila kisahnya yang berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam tular di media sosial. Tidak terhenti di situ, Ebit juga berikrar yang beliau akan terus membantu penduduk di kawasan tersebut dan kini sedang berikhtiar untuk membina sekolah serta menyediakan ustaz untuk mengajar penduduk di sana. Namun hari ini berita menyedihkan dikongsi beliau apabila menyatakan misi bantuannya untuk membantu penduduk kepulauan tersebut terpaksa dihentikan. “Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. “Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna dan diminta untuk berhentikan bantuan di sekitar kepulauan ini kerana ia menyalahi undang-undang.“Saya juga dimaklumkan yang saya bakal berd...