Skip to main content

PKPD Di Terengganu Dan Perak Mulai Esok


Tiga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan masing-masing dua di Terengganu dan satu di Perak bagi mengawal jangkitan COVID-19 dalam komuniti dan seterusnya memutuskan rantaian pandemik itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD itu akan bermula esok dan diteruskan sehingga 17 Feb ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar di ketiga-tiga lokaliti.

“Bagi lokasi pertama di Felda Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, 45 kes positif COVID-19 daripada 420 ujian saringan telah direkodkan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD bagi memudahkan pelaksanaan saringan secara bersasar yang melibatkan 583 penduduk di 198 buah rumah serta mengawal jangkitan dalam komuniti di Felda itu,” menurutnya dalam kenyataan media mengenai perkembangan PKP hari ini.

Beliau berkata satu lagi kawasan di Terengganu membabitkan tapak bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu yang mana sebanyak 62 kes positif COVID-19 daripada 386 ujian telah direkodkan.

Katanya satu lagi PKPD membabitkan FELDA Lasah dan Kampung Besi Api, Kuala Kangsar, Perak di mana KKM melaporkan bahawa 35 kes positif daripada 71 ujian saringan telah direkodkan di kedua-dua lokaliti.

Ismail Sabri juga berkata seramai 611 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan SOP yang menyaksikan 601 orang dikompaun manakala 10 lagi direman.

Antara kesalahan tertinggi direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (145), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (109), tiada penjarakan fizikal (107) dan gagal menyediakan peralatan merekod diri atau pelanggan.

Beliau juga berkata dua pendatang tanpa izin berjaya ditahan manakala tiga kenderaan darat dirampas dalam Op Benteng yang diadakan di seluruh negara dan membabitkan pelbagai agensi penguatkuasa.

Katanya pemeriksaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di 49 tapak binaan seluruh negara semalam pula mendapati hanya satu yang tidak mematuhi SOP. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...