Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei.
“Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang.
“Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya.
Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah.
Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah klinik berhampiran untuk rawatan oleh seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
“Pengadu membuat laporan polis sebagai langkah melindungi diri daripada sebarang isu pada masa hadapan. Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan usaha untuk mengesan penumpang berkenaan sedang dijalankan,” katanya.
.jpg)