Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sumbangan

PAKIN Malaysia Terus Menyantuni Masyarakat Melalui Sumbangan Kebajikan

PAKIN Malaysia telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai bagi membantu kerja-kerja menaik taraf tanah perkuburan di Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh, Melaka. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penyelaras Negeri Melaka, Muhammad Nur Sharani , dan diterima oleh Imam Ar. Arif Mazlan . Majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung di Masjid An-Nur, Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh, Asahan, Melaka . Semoga sumbangan ini dapat membantu melancarkan usaha menaik taraf tanah perkuburan demi kemudahan dan manfaat seluruh masyarakat setempat. PAKIN Malaysia sentiasa komited dalam menyokong usaha kebajikan dan pembangunan komuniti.

Ibu Tunggal Tidak Pernah Mengeluh Malah Terus Cekal Jaga Anak OKU

Kota Bharu: Seorang ibu tunggal dari Kampung Seri Paduka, Binjai, di sini, kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas berpisah dengan bekas suaminya sejak setahun lalu selain turut menjaga anak orang kurang upaya (OKU) dalam serba kedaifan. Nik Shaheera Nik Mat, 32, tidak pernah mengeluh malah terus cekal menjaga anak bongsu daripada dua beradik, Nur Qamra Balqis Mohd Khairul Al Hafiz, 9, yang dikategorikan sebagai OKU masalah pembelajaran. Katanya, dia kini bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM50 sehari untuk menyara kehidupan seharian selain perbelanjaan anak sulungnya, Nur Qaisara Batrisya, 10, yang masih bersekolah. "Pendapatan yang diperoleh tidak menentu disebabkan kerap meminta cuti berikutan keadaan Nur Qamra Balqis yang sukar ditinggalkan. "Namun saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa bekerja, tetapi mujurlah majikan memahami situasi saya yang menjaga anak istimewa," katanya ketika ditemui di Kampung Seri Paduka, Binjai. Katany...

5 Gambar: Isteri Menangis!, Tiada Wang Tiada Lagi Bekalan Makanan 😭😭😭

Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan. Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah.  Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya. Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula. Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan. Ucapan te...

Kaki Kiri Terpaksa Dipotong, Adik Tak Dapat Pergi Sekolah.. 😭😭😭

TEMERLOH - Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun dari Taman Setia Jasa di sini berdepan ujian cukup hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang tahun lalu. Disebabkan kanser tersebut, kaki kiri Mohamad Afif Ilyas Mohd Haidir terpaksa dipotong dan tidak dapat meneruskan persekolahan selepas pembedahan pada Mac lalu. Ibunya, Rosidah Kamisan,36, berkata, dia tidak menyangka kesakitan di kaki kiri anak ketiga daripada lima beradik itu akibat terkena sepakan rakan ketika bermain membawa detik hitam sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. "Dari kecil dia lincah seperti kanak-kanak lain sehinggalah ketika berusia enam tahun dia mengalami sakit berlarutan di bahagian kaki dan disahkan menghidap kanser tulang (osteosarcoma). "Pada masa ini dia masih melakukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan tidak dapat bersekolah kerana tiada kaki palsu," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini. Rosidah dan anaknya, Mohamad Afif yang terpaksa dipotong...

Ayah Lakukan Perbuatan Terkutuk Itu Sejak Bercerai Dengan Mak

LELAKI ditahan polis di Bandar Enstek, di Nilai, Isnin lalu, selepas dipercayai meliwat dua anak perempuannya, sejak tujuh tahun lalu. Difahamkan, suspek berusia 37 tahun melakukan perbuatan itu sejak 2011 selepas bercerai dengan isterinya. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, suspek ditahan selepas laporan daripada salah seorang mangsa yang kini berusia 16 tahun. “Selepas bercerai dengan isteri, suspek menjaga dua anak perempuan yang ketika itu masing-masing berumur sembilan dan lapan tahun. “Mangsa mendakwa dia dan adiknya diperlakukan perbuatan terkutuk itu sejak 2011,” katanya. Beliau berkata, susulan itu, suspek yang tidak bekerja ditahan di rumahnya. “Soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan tidak bermoral itu. “Kali terakhir, suspek melakukan perbuatan itu adalah pada Jun lalu,” katanya. Mengulas lanjut, Mohd Nor Marzukee berkata, selepas kejadian terakhir, dua beradik berkenaan berpindah ke rumah nenek. “Dua beradik itu kemu...

Anak Yatim Perlu Terus Dibantu - PPMS

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang digalakkan untuk kita melakukan amal kebaikan dan kerja-kerja kebajikan. Sabda Rasulullah SAW, “Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan)..” Maka sesungguhnya bertuahlah kita kerana berpeluang untuk mengimarahkan bulan yang penuh barakah ini dengan berbuat amal kebaikan. Demi menyahut seruan untuk melakukan amal kebaikan di bulan Ramadhan ini Pertubuhan Persaudaraan Muafakat Setia - PPMS bersama-sama EIGHTY'8 FC telah Penyampaian Sumbangan sempena Bulan Ramadhan ini. Selain menyampaikan makanan berbuka puasa, Pertubuhan Persaudaraan Muafakat Setia - PPMS dan EIGHTY'8 FC turut memberi sumbangan duit raya kepada 40 anak-anak yatim di Pusat Jagaan Kasih Murni , Jalan AU 2a/13, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur. Menurut Ahmad Faiq Bin Kamanudin yang mewakili PPMS beliau mengharapkan lebih banyak NGO-NGO diluar sana tempil m...