Skip to main content

Kaki Kiri Terpaksa Dipotong, Adik Tak Dapat Pergi Sekolah.. 😭😭😭


TEMERLOH - Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 7 tahun dari Taman Setia Jasa di sini berdepan ujian cukup hebat apabila disahkan menghidap kanser tulang tahun lalu.

Disebabkan kanser tersebut, kaki kiri Mohamad Afif Ilyas Mohd Haidir terpaksa dipotong dan tidak dapat meneruskan persekolahan selepas pembedahan pada Mac lalu.

Ibunya, Rosidah Kamisan,36, berkata, dia tidak menyangka kesakitan di kaki kiri anak ketiga daripada lima beradik itu akibat terkena sepakan rakan ketika bermain membawa detik hitam sehingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

"Dari kecil dia lincah seperti kanak-kanak lain sehinggalah ketika berusia enam tahun dia mengalami sakit berlarutan di bahagian kaki dan disahkan menghidap kanser tulang (osteosarcoma).

"Pada masa ini dia masih melakukan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan tidak dapat bersekolah kerana tiada kaki palsu," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Rosidah dan anaknya, Mohamad Afif yang terpaksa dipotong kaki kirinya

Menurutnya, buat masa ini, selain rawatan susulan di HKL, anaknya juga perlu berulang-alik ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh serta memerlukan susu khas setiap hari.

"Kami menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan ini dan selain bantuan zakat sebanyak RM1,00 diterima sekali sebelum ini.

Dalam pada itu Rosidah berkata, keadaan keluarganya bagai jatuh ditimpa tangga apabila suaminya, Mohd Haidir Minin,36, yang bekerja sebagai pembantu perubatan di Hoshas Temerloh hanya diberikan gaji hari pada masa ini disebabkan banyak mengambil cuti bagi menguruskan anaknya.

Keadaan Mohamad Afif yang kehilangan kaki kirinya.

Katanya, kekurangan pendapatan suaminya itu menyebabkan mereka sekeluarga terbeban kerana perlu menyara tiga orang anak yang masih bersekolah dan menanggung rawatan susulan anaknya itu.

"Jadi dengan mengharapkan gaji hari yang diberikan sememangnya agak perit apatah lagi untuk berulang ke HKL yang memakan belanja kira-kira RM300 selain susu khas yang perlu dibeli," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Rosidah di talian 019-9485141 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Rosidah Kamisan 06028024880440. - Sinar Harian
 


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...