Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Songsang

Wahab Buat Laporan Polis Dakwa Kena Gangguan Seksual, Nafi Terlibat Komplot Jatuhkan Agus

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan diterima pihaknya oleh pengadu iaitu Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abd Kader Jilani, 33. "Berdasarkan laporan itu, Abdul Wahab mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel. "Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat. Razarudin berkata, Abdul Wahab mendakwa tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap Mohammad Agus. Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan mengenai kes ini dan akan memanggil beberapa individu untuk direkod keterangan. Pada Khamis, Abdul Wahab hadir ke I...

Imigresen Tumpaskan Tindiket Urut Seks Songsang

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket menawarkan perkhidmatan seks songsang, dengan penahanan enam orang lelaki warga asing dalam satu operasi khas di Cheras di sini, Selasa lalu. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata kesemua suspek berkenaan yang berusia antara 26 hingga 36 tahun dan bekerja sebagai tukang urut serta penjaga premis itu, ditahan dalam operasi yang dilakukan pada 7.15 petang oleh pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM. Beliau berkata turut berada di premis berkenaan semasa serbuan, tujuh pelanggan warga tempatan.   "Siasatan mendapati selain menawarkan khidmat urutan kepada lelaki, sindiket ini juga menyediakan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan dan mereka dipercayai telah beroperasi sejak tahun lepas dengan modus operandinya mengiklankan pakej urutan khas untuk lelaki di laman sosial seperti WhatsApp dan Telegram. "Pelanggan yang berminat perlu menghubungi nombor telefon yang dinyatakan s...

Guru Hisap Kemaluan Pelajar Dihadap Ke Mahkamah

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Klang, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang bertentangan dengan aturan seks tabii terhadap dua murid lelakinya, empat tahun lalu. Tertuduh, Ahmad Muzamil Pandak, 31, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan pertama dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau dengan menghisap kemaluan kedua-dua mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun di sebuah inap desa di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh antara pukul 2 hingga 3 pagi, 24 Oktober 2015. Bagi pertuduhan kedua dan keempat, tertuduh turut melakukan tindakan sama terhadap kedua-dua mangsa di inap desa sama, antara pukul 2 hingga 3 pagi keesokannya, 25 oktober 2015. Tertuduh yang mengajar subjek pendidikan jasmani dan kesihatan itu didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan h...

Nafsu Songsang, Cabul Ketika Jual Ubat

TAIPING - Seorang penjual ubat tergamak mencabul seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Simpang di sini minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis menerima laporan berhubung perbuatan lelaki berusia 64 tahun itu pada 12 November lalu. Menurutnya, mangsa didatangi suspek yang ingin menjual ubat kepada mangsa yang kebetulan sakit di pinggang. "Suspek telah membawa mangsa keluar menaiki sebuah kereta ke satu kawasan berhampiran sebelum berhenti di tepi jalan. Suspek kemudian memberi satu minuman yang menyebabkan mangsa berasa khayal. "Dalam keadaan separuh sedar itu suspek bertindak meraba, memeluk dan mencium seluruh badan sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan," katanya. Anuar berkata, siasatan mendapati suspek menjalankan perkhidmatan mengurut tradisional. "Hasil siasatan mendapati suspek memandu kereta jenis Proton Iswara menggunakan nombor pendaftaran palsu. "Suspek kemud...

5 Gambar: Hubungan Terlarang Ayah Dan Anak Gadis Dihidu Pihak Berkuasa

Dunia kini semakin keliru. Jika kisah sumbang mahram telah seringkali disajikan di media massa, anda pasti belum pernah mendengar versi yang sepelik ini. Di Nebraska, Amerika Syarikat, perebutan dua beradik perempuan untuk meniduri lelaki yang seharusnya menjadi ketua dalam keluarga telah menggemparkan masyarakat. Apa tidaknya apabila lelaki yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah ayah mereka sendiri, Travis Fieldgrove, 39, lapor portal The Sun UK. Apabila salah seorang anak perempuannya Samantha Kershner, 21, menang pertaruhan itu, pasangan berkenaan terus menjalinkan hubungan tidak sewajarnya hingga membawa kepada 'perkahwinan' mereka pada Oktober tahun lepas. Namun hubungan terlarang dua beranak ini dapat dihidu pihak berkuasa dan mereka kemudian ditahan dan didakwa di Nebraska. Samantha kali pertama bertemu Travis ketika berusia 17 tahun selepas diperkenalkan ibunya. Travis, biarpun mengetahui Samantha ialah anak kandungnya, tetap meneruskan hubunga...

Pasangan Kekasih Songsang Dihukum Sebat Hari Ini.

HUKUMAN sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih songsang berusia 22 dan 32 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang. Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan enam kali seorang di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Rosdi Harun; dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail pada 10.10 pagi. Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di negeri ini. Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media. Turut menyaksikan hukuman adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; dan Ahli Par...

PAS Kecam Pengerusi Suhakam Kerana Pertahan Pasangan Lesbian

PAS memberi amaran akan mengheret Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke mahkamah atas tuduhan menghina kerana mengecam keputusan Mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman ke atas dua wanita kerana melakukan hubungan sejenis. Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menggesa Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail untuk menarik balik kenyataan suruhanjaya itu semalam, yang membidas sabitan itu sebagai hukuman tidak berperikemanusiaan dan satu bentuk penyeksaan. Menurut pemimpin PAS itu, wanita berkenaan, masing-masing dikenakan denda RM3,300 dan enam sebatan, yang adalah dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Sebelum ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengecam keputusan Mahkamah Syariah Terengganu pada 12 Ogos 2018 yang menjatuhkan hukuman enam sebatan masing-masing kepada dua wanita serta denda sejumlah RM3,300 kerana cuba melakukan hubungan sejenis di Dungun. Suhakam juga menegaskan, hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar l...

Kerana Jatuhkan hukuman 6 Sebatan Kepada Lesbian, Suhakam Kecam Keputusan Mahkamah.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengecam keputusan Mahkamah Syariah Terengganu pada 12 Ogos 2018 yang menjatuhkan hukuman enam sebatan masing-masing kepada dua wanita serta denda sejumlah RM3,300 kerana cuba melakukan hubungan sejenis di Dungun. “Hukuman sebegitu adalah menghina, merendahkan dan seolah-olah suatu usaha tindakan memalukan wanita-wanita itu dan keluarga mereka. “Ia sekali gus bertentangan dengan nilai martabat manusia, dan tidak selari dengan komitmen menjaga maruah seseorang seperti yang dianjurkan dalam setiap agama,” ujar Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali ismail dalam satu kenyataan hari ini. Suhakam juga menegaskan, hukuman sebat dalam keadaan apapun melanggar larangan mutlak penyeksaan dan hukuman kejam, tidak berperikemanusiaan atau menghina di bawah undang-undang antarabangsa. Pada Ahad lalu (2 Ogos), Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebatan dan denda ke atas sepasang wanita kerana cuba melakukan hubungan sejenis ketika d...

Ubah Suai Kenderaan Pun Salah, Inikan Pula Ubah Suai Jantina

KUALA LUMPUR — PAS menyifatkan mengubah jantina perbuatan salah yang “dilarang keras” sama seperti mengubah kenderaan sesuka hati. “Ubah suai kenderaan pun tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana melibatkan keselamatan pengguna dan juga orang lain. “Inikan pula ubah suai jantina,” coret ketua penerangannya Nasrudin Hassan di Facebook sebentar tadi. Beliau berharap golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) kembali ke pangkuan agama agar “lebih tenang di dunia dan akhirat”. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh semalam memohon agar kumpulan LGBT tidak dipinggirkan daripada masyarakat Islam. Golongan itu mesti ditangani dengan penuh ihsan dan hormat, tambahnya. – MalayMail

Nisha Ayub Dakwa Mak Nyak Kini Jadi Sasaran Ada Yang Kena Pukul.

Aktivis transgender Nisha Ayub mendakwa golongan itu kini menjadi sasaran golongan transfobia (antitransgender). Beliau mendedahkan komunikasinya dengan seorang individu yang mendakwa terdapat golongan transgender diserang oleh sekumpulan lelaki. "Alasan mereka pukul adik-adik sebab tak suka adik-adik," perbualan itu dipetik. Bagaimanapun, menurut individu yang identitinya itu tidak didedahkan, kumpulan penyerang telah pun ditangkap oleh polis. Individu itu juga berkata kumpulan itu memberitahu polis bahawa mereka tidak suka golongan transgender. Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut dari Nisha berkaitan dakwaan itu. Sementara itu, menulis di Facebook, Nisha berkata pihak media, ahli politik dan kerajaan perlu melindungi golongan itu. “Sekarang kamu nampak kan maksud saya?” katanya. Beliau bagaimanapun bersyukur kerana polis telah bertindak menangani perkara itu. - Malaysiakini 

Tiada Tempat Untuk LGBT Di Malaysia, Tangani Lelaki Berperwatakan Wanita Di Media Sosial

KUALA LUMPUR 9 Julai - Sejak kebelakangan ini, isu LGBT semakin hangat diperkatakan, menjadi kegusaran yang meniti dibibir 'makcik-pakcik bawang' dan di muka buku para 'keyboard warrior' yang ada sebahagiannya benar gusar, perihal ini semakin meruncing sedang sebilangan yang lain menjadikan ianya salah satu 'alat politik' menghangatkan rencam keterbukaan Malaysia baru. Setiap kelompok samada yang mempertahankan LGBT atau yang membantah ditambah lagi yang bermotifkan politik dengan sifat 'cuba, test, try' jelas terkelihatan pada hemat saya menduga antara satu sama lain tanpa memikirkan natijah tingkah mereka. Apatah lagi pengakhiran yang akan diambil adalah meletakkan label di dahi seseorang itu dengan cop 'liberal, songsang, ekstrimis, rasis, homophobic' dan bermacam lagi gelaran, yang secara tak langsung bagi yang beragenda politik pula akan berterusan menduga tanpa sedar ianya mampu mencetuskan ketegangan. Dalam isu (LGBT) ini, kita perlu m...