5 Gambar: Hubungan Terlarang Ayah Dan Anak Gadis Dihidu Pihak Berkuasa


Dunia kini semakin keliru. Jika kisah sumbang mahram telah seringkali disajikan di media massa, anda pasti belum pernah mendengar versi yang sepelik ini.

Di Nebraska, Amerika Syarikat, perebutan dua beradik perempuan untuk meniduri lelaki yang seharusnya menjadi ketua dalam keluarga telah menggemparkan masyarakat.

Apa tidaknya apabila lelaki yang dimaksudkan tidak lain dan tidak bukan ialah ayah mereka sendiri, Travis Fieldgrove, 39, lapor portal The Sun UK.

Apabila salah seorang anak perempuannya Samantha Kershner, 21, menang pertaruhan itu, pasangan berkenaan terus menjalinkan hubungan tidak sewajarnya hingga membawa kepada 'perkahwinan' mereka pada Oktober tahun lepas.

Namun hubungan terlarang dua beranak ini dapat dihidu pihak berkuasa dan mereka kemudian ditahan dan didakwa di Nebraska.

Samantha kali pertama bertemu Travis ketika berusia 17 tahun selepas diperkenalkan ibunya.

Travis, biarpun mengetahui Samantha ialah anak kandungnya, tetap meneruskan hubungan itu, malah menafikan wanita itu ialah zuriatnya sendiri di media sosial.

Dua beranak itu kini ditahan di penjara Hall County dan sabit kesalahan mungkin dijatuhi hukuman penjara sehingga lapan tahun. - Astro AWANI