IPOH: Sejumlah 14,872 notis kesalahan merokok di tempat makan dikeluarkan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, membabitkan nilai kompaun RM3.72 juta. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 30,648 notis sama dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara, bernilai RM7.6 juta. Menurutnya, lima negeri mencatatkan pengeluaran notis kesalahan merokok di tempat makan paling tinggi tahun lalu iaitu Selangor sebanyak 6,414 notis, Johor (3,095), Pahang (2,935) dan Pulau Pinang (2,725). “KKM mengambil maklum dan memandang serius berkaitan isu aduan kesalahan merokok di tempat larangan, terutama di premis makan, yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan tular di media sosial," katanya. Beliau ditemui selepas meninjau Operasi Mega Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, di sini, malam tadi. Menurutnya, operasi dijalankan di kawasan hotspot, menyasarkan tempat laran...