Skip to main content

Merokok Di Tempat Makan Sejumlah 14,872 Dikeluarkan


IPOH: Sejumlah 14,872 notis kesalahan merokok di tempat makan dikeluarkan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, membabitkan nilai kompaun RM3.72 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 30,648 notis sama dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara, bernilai RM7.6 juta.

Menurutnya, lima negeri mencatatkan pengeluaran notis kesalahan merokok di tempat makan paling tinggi tahun lalu iaitu Selangor sebanyak 6,414 notis, Johor (3,095), Pahang (2,935) dan Pulau Pinang (2,725).
 
“KKM mengambil maklum dan memandang serius berkaitan isu aduan kesalahan merokok di tempat larangan, terutama di premis makan, yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan tular di media sosial," katanya.

Beliau ditemui selepas meninjau Operasi Mega Bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, di sini, malam tadi.

Menurutnya, operasi dijalankan di kawasan hotspot, menyasarkan tempat larangan seperti premis makan, dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam, premis kerajaan, kompleks membeli belah, tandas awam, pusat hiburan, klinik atau hospital serta kawasan rehat dan rawat.

Dalam operasi dua hari di Perak yang bermula pada Rabu, sebanyak 424 notis kesalahan dikeluarkan di bawah Seksyen 32B, Akta Makanan 1983, di samping beberapa notis kepada tuan punya premis.

Dr Norhayati berkata, sepanjang operasi itu, jumlah notis yang dikeluarkan dianggarkan sebanyak RM103,950.
“Sebenarnya, kita bukan hendak menghukum. Apabila kita keluarkan notis kesalahan, kita mahu memberi pengajaran kepada mereka bahawa merokok tidak elok untuk mereka dan juga orang lain di sekeliling,” tambahnya.

Katanya, selain operasi mega, pihak KKM juga melaksanakan operasi kecil-kecilan secara berkala di seluruh negara, dari semasa ke semasa. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...