Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Harimau Malaya Perlu Lebih Garang Lawan Loas

Ketiadaan watak pemusnah di jentera depan membimbangkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi kedua Kumpulan A, menentang Laos dalam kempen Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Selepas menang tipis 1-0 ke atas Kemboja pada aksi pertama di Stadium Olimpik, Phnom Penh, Khamis lalu, Cheng Hoe membayangkan bakal melakukan rombakan terutama di bahagian serangan. "Ia saya akan buat sedikit pertukaran memandangkan kelemahan kita di serangan agak ketara ketika aksi pertama.  Mungkin ia (rombakan) membabitkan pertukaran pemain atau perubahan posisi pemain, itu kita kena tunggu malam esok. "Saya mahu pasukan gunakan kesempatan beraksi di laman sendiri dengan sebaik-baiknya dan memburu seberapa banyak gol, sebelum kita berdepan pasukan kuat Vietnam dan Myanmar," katanya di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Pada aksi sulung di Phnom Penh, taring skuad Harimau Malaya agak tumpul apabila hanya sekali berjaya merobek gawang Kemboja mene...

Bapa Tiri Dicekup Selepas Anak Gadis Berusia 10 Tahun Buat Aduan.

TUKANG masak lelaki yang dilaporkan merogol anak perempuan tirinya ditahan polis di kawasan Jalan Airport Kuching, Kuching, pagi semalam. Suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada 8.55 pagi selepas mangsa berusia 10 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, suspek dari Kampung Tanjung Bako didakwa merogol mangsa pada 1 Oktober lalu. Menurutnya, suspek bertindak melarikan diri dari kediamannya selepas menyedari perbuatan terkutuknya itu terbongkar. "Bagaimanapun, suspek berjaya dikesan tidak lama kemudian,” katanya. Katanya, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kuching untuk siasatan lanjut. "Suspek sudah direman mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan. "Sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan sebatan," katanya. Katanya, orang awam turut digesa membantu polis dengan menyalurkan maklumat bagi mengekang kegiatan jenayah terutama membabitkan kanak-kanak. - Harian Metro

Tidur Dengan Isteri Orang Punca Sao Paolo Dipenggal.

SAO PAOLO: Cuba merogol isteri orang menjadi punca pemain kelab bola sepak Brazil, Sao Paolo, dibunuh kejam dengan kepalanya hampir putus dipenggal manakala kemaluannya di potong minggu lalu. Menurut laporan media Britain, polis Brazil sudah menahan seorang ahli perniagaan, Edson Brittes, 38, tiga hari selepas kejadian dan dia mengaku membunuh Daniel Correa, 24, kerana cuba merogol isterinya, Cristiana. Pemain tengah itu dikatakan menghadiri parti hari jadi anak pasangan berkenaan, Allana, yang ke-18 di sebuah kelab malam pada 26 Oktober lalu, sebelum sambutan diteruskan di rumah Edson. Menurut laporan Mirror, Correa sempat merakam dua keping gambar terakhir bersama seorang wanita yang sedang tidur sebelum mayatnya ditemui dalam belukar. Dia kemudian mengirim gambarnya dengan wanita berkenaan kepada rakannya menerusi WhatsApp. Dalam satu mesej, Correa memberitahu dia boleh tidur di rumah itu dan ada beberapa wanita juga tidur di rumah berkenaan. “Saya akan ‘menjamah’ ibu gadis ini. B...

Kita Kalah Kerana 1MDB, Khairy Tempelak Najib

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kononnya daripada Pakatan Harapan (PH). Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan BN sebaliknya menegaskan BN pada hakikatnya tewas gara-gara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam akaun Twitternya, Khairy berkata : ‘We lost because of 1MDB. The End’ (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat) Sehingga jam 6 petang tadi ia dikongsi lebih 2,600 pengikut dengan lebih 2,000 ‘Likes. Kebanyakan netizen meninggalkan komen bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan itu. Seorang netizen, Prempuchong berkata Najib masih dalam mood penafian. ShahRblood pula memberi komen, Khairy makin berani. Perkongsian itu turut merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai kenyataan Najib yang mendakwa kekalahan BN pada PRU-14, berikutan daripada ...

Pulangkan Suami Saya.

KOTA BHARU - Seorang ibu muda merayu agar suaminya yang didakwa menjadi mangsa culik lima lelaki di Jalan Pekeliling, Taman Maju setahun lalu dipulangkan. Nur Azra Syazwani Abdullah, 25, berkata tiada berita diperolehi sehingga seorang anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun sering bertanyakan ke mana lelaki itu menghilang. “Saya terpaksa memujuk anak mengatakan ayahnya pergi bekerja namun kehilangan berlarutan sehingga setahun tiga bulan. Saya mohon agar suami saya dilepaskan kerana kami amat merindukannya,” katanya. Menceritakan kejadian itu, suaminya Mohamad Aiman Zafri, 25, hilang sejak 5 Julai tahun lalu. Katanya, ketika itu dia bersama suaminya baru pulang dari tempat kerja menaiki sebuah kereta Perodua Kancil. “Kejadian itu berlaku pada jam 11 malam. Ketika dalam perjalanan, kami berhenti di sebuah kedai runcit di Taman Maju, tiba-tiba sebuah kereta jenis Kia berhenti di sebelah kereta kami dan turun tiga lelaki bersenjatakan kayu memaksa suami saya masuk ke keret...

Ernisha Beri Penjelasan, Bertengkar Dengan Datuk Syafinaz.

BAHARU sahaja diumumkan sebagai Top 12 Dewi Remaja 2018/19, nama Ernisha menjadi perbualan selepas sebuah klip video yang menyaksikan dia 'bertengkar' dengan Datuk Syafinaz Selamat diketahui ramai. Bagaimanapun jelas pemilik nama sebenar Erni Nurshahira Khairul Nizam ini, dia sebenarnya tidak bertengkar ataupun mengamuk ketika itu dan semua itu hanyalah lakonan semata-mata. "Ini adalah rancangan pihak produksi bersama saya dan Datuk Syafinaz sendiri mengetahui perancangan ini. "Jadi saya harap semua orang jelas mengenai perkara ini dan tidak memperkatakannya lagi," katanya kepada Sinar Harian. Ditanya mengenai penglibatannya dalam program Dewi Remaja yang mungkin memerlukan dia melalui 'drama' yang tidak terjangka, gadis berusia 23 tahun ini berkata, dia akan lebih berhati-hati meluahkan kemarahan dan hanya mahu menjadi dirinya sendiri. "Saya tahu nama saya dah busuk sekarang dan bukan mudah untuk membersihkan nama. Cuma saya akan jadi diri ...

Orang Awam Boleh Tangkap Penjenayah

BUNUH, rogol, culik, rompak, samun dan ragut. Itu antara kesalahan yang membenarkan orang awam untuk menangkap penjenayah seperti yang tertakluk mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah. Bagaimanapun, tangkapan oleh orang awam ini mempunyai had tertentu dan bukannya kewajipan, sebaliknya bergantung kepada kemampuan diri sendiri tanpa merisikokan keselamatan. Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Daerah Ampang Deputi Superintendan Kee Hang Kee berkata, orang awam mempunyai hak untuk menahan penjenayah apabila kejadian berlaku di depan mata dan perlu menyerahkannya kepada pihak polis serta-merta. “Mengikut Seksyen 27 Kanun Prosedur orang awam boleh menahan penjenayah bagi kesalahan yang tidak memerlukan waran tangkap polis seperti bunuh, rogol, culik, rompak, pecah masuk premis, samun dan ragut. “Tangkap penjenayah seadanya mengikut kemampuan dan tidak mencederakan penjenayah berkenaan. Jika penjenayah menyerang, orang awam boleh mempertahankan d...

Kek Untuk Puan Bos, Kod Rahsia Jho Low Untuk Rasuah Isteri MO1m - DOJ

Kek. Itu adalah kod atau kata rahsia yang digunakan oleh ahli perniagaan Jho Low untuk menggambarkan rasuah kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1), menurut Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat. Dalam dokumen pertuduhannya mengenai urusan tokoh perbankan Goldman Sachs dengan Jho Low, DOJ mendakwa bahawa eksekutif Goldman, Tim Leissner, berusaha untuk mendapatkan peranan dalam tawaran awam permulaan (IPO) syarikat aset tenaga 1MDB. Adalah didakwa "dalam perbualan online antara Low dengan Leissner pada tahun 2014, mereka membincangkan keperluan untuk 'mengampu' seorang pegawai 1MDB dan menghantar 'kek' atau rasuah kepada seseorang yang dipercayai sebagai isteri MO1 . "Beberapa bulan selepas perbualan itu, akaun bank yang dimiliki dan dikawal oleh Leissner dan saudaranya digunakan untuk memindahkan kira-kira AS$4.1 juta kepada seorang tukang perhiasan New York, sebahagiannya, untuk membayar barangan kemas untuk isteri MO1," katanya. Dokumen mahkamah s...

Safiq Rahim Bakal Meninggalkan Kelab JDT

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kedudukan Safiq Rahim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila dia bakal meninggalkan kelab Harimau Selatan itu dan berkemungkinan menyertai kelab luar negara. Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers. Beliau berkata, pemergian Safiq pasti dirasai memandangkan pemain tengah itu banyak memberi sumbangan terhadap kejayaan JDT. “Selamat maju jaya diucapkan kepada Safiq Rahim. Dari pandangan ikhlas saya, beliau adalah pemain yang paling berjaya sekali dalam JDT dan sudah banyak membantu JDT untuk mencapai matlamat-matlamat kami. “Pemain paling berjaya, kapten terbaik dalam sejarah JDT dan pemain bola sepak terbaik yang bukan saja sudah memberi sumbangan kepada JDT tetapi juga kepada kelab seperti Selangor dan skuad kebangsaan,” katanya. Safiq yang menyertai JDT pada 2013 membantu pasukan merangkul kejuaraan utama iaitu Liga Sup...

Rakam Aksi Lucah Dalam Taksi Penumpang Kekasih Diburu Polis

POLIS kini sedang memburu satu pasangan yang didakwa merakamkan aksi mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah teksi di Bangkok dan berkongsi video tersebut dalam talian. Kisah itu mendapat perhatian orang ramai pada Rabu apabila penerbit berita media sosial Taxi Report TH berkongsi paparan skrin video itu di laman Facebook mereka. Enam gambar paparan skrin yang disiarkan menunjukkan seorang wanita yang memakai pakaian seragam pelajar sebuah universiti mendedahkan buah dadanya. Dia juga dilihat memakai korset hitam. "Adakah orang Thai membongkok begitu rendah?," tanya pengendali halaman Facebook tersebut. Khaosod melaporkan, ketika mereka mencari suspek, Jabatan Pengangkutan Darat (DLT) telah menyoal siasat pemandu teksi berkenaan yang hanya dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Pradit. Walaupun hanya seorang individu dilihat dalam gambar di Facebook, menurut pemandu teksi itu, wanita itu tidak keseorangan sebaliknya menaiki teksinya bersama seorang lelaki. Insiden...

Sultan Nazrin Jalankan Tugas Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong. Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V beristirahat menjalani rawatan bermula hari ini sehingga 31 Dis. Istiadat yang berlangsung di Istana Hinggap Perak di sini dimulakan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membaca watikah perisytiharan berkenaan. Baginda kemudian menandatangani watikah itu. Selaras dengan Perkara 33 dalam Perlembagaan Persekutuan, Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang ketiadaan baginda. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ismail Bakar dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum. -- BERNAMA

Video: Guru Galak Murid Bertumbuk Dalam Kelas

Seorang ibu menyaman sebuah pusat ja­gaan dan pembelajaran baru-baru ini selepas dua guru didakwa mengadakan ‘program bergaduh’ dan mengga­lakkan murid bertumbuk antara satu sama lain. Mail Online melaporkan, per­buatan tidak bermoral itu diketahui selepas Nicole Merseal melihat video pergaduhan yang dirakam oleh anak lelaki­nya yang merupakan murid di pusat jagaan tersebut. Jelasnya, anaknya berusia 10 tahun itu merakamkan insiden berkenaan menggunakan iPadnya di Pusat Pembelajaran Adventure di Saint Louis, di sini. Dalam video tersebut, ke­de­ngaran suara kanak-kanak sedang bergaduh antara satu sama lain dan ada juga yang menangis. Satu lagi video pula me­nunjukkan seorang guru me­lompat-lompat memberi ‘semangat’ kepada kumpulan ka­nak-kanak itu untuk terus bergaduh dan bertumbuk. Seorang kanak-kanak dilihat menumbuk muka dan me­nolak rakannya ketika murid-murid lain menyaksikan ke­jadian tersebut. Dalam video tersebut, dapat dilihat juga seorang murid cuba meleraikan ...

Video: Fatimah Noryyah Jadi Pujaan Di China Dan Mengejutkan Juri Kerana Suaranya

Seorang kanak-kanak Melayu dari Malaysia yang baru berusia 10 tahun kini menjadi sensasi media masa selepas berjaya menawan hati penonton dan netizen China dalam satu pertandingan nyanyian. Fatimah Noryyah yang dipercayai berasal dari Kuala Lumpur, menyertai pertandingan Zhang Bichen Musim 5 2018 di China dan klip video nyanyiannya menerima respon di luar dugaan. “Kanak-kanak berusia 10 tahun dari Malaysia ini mempunyai suara yang sangat hebat. Selepas dipimpin oleh guru muzik Zhang Bichen dan beberapa guru muzik yang lain, ekspresi dan suaranya amat menakjubkan. “Seorang kanak-kanak cantik dengan paru-paru besi. Tak dapat dipercayai!,” tulis keterangan laman Youtube yang memuatnaik lagu tersebut. - Free Malaysia Today

Boleh Bercakap, Tapi Belum Boleh Menyanyi

PENYANYI, Zamani difahamkan keadaan kesihatan peti suaranya semakin beransur pulih selepas terpaksa diberikan suntikan. Pun begitu, sebagaimana laporan mStar Online, menurut pengurusnya, Aalan Ahmad, Zamani masih belum boleh menyanyi. "Alhamdulillah keadaan dia (Zamani) semakin beransur sembuh... boleh bercakap tapi tak boleh nak menyanyi lagi. "Semalam (Rabu) Zamani sudah mendapatkan rawatan dan suntikan bagi merawat peti suaranya sehingga pulih sepenuhnya," jelasnya. Tambah Aalan, Zamani tetap akan meneruskan persembahannya pada konsert minggu ini. "Demi menghargai sokongan yang telah diberikan daripada peminatnya, Zamani akan teruskan juga komitmennya," katanya lagi. - Sinar Harian

Model Israel 'Buka Niqab' Cetus Kemarahan Orang Ramai

TEL AVIV - ISRAEL. Seorang model terkenal di Israel, Bar Refaeli mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas dia membuka niqab yang dipakainya dengan kapsyen 'Adakah Iran di sini?' dan turut berkata 'kebebasan adalah asas' ketika beraksi dalam iklan untuk jenama pakaian di Tel Aviv. Iklan komersial untuk koleksi Hoodies sempena musim sejuk itu dilancarkan di Youtube pada Isnin lalu dan turut dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya yang mempunyai 2.7 juta pengikut. Selepas menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial, model tersebut bertindak memadamkan klip tersebut, namun ia masih dapat disaksikan menerusi akaun jenama pakaian itu di Youtube. Di Twitter, beberapa pengguna menyifatkan ia sebagai berbaur perkauman. Sementara itu, The Jerusalem Post melaporkan iklan memaparkan Refaeli memakai niqab telah dipaparkan di billboard di seluruh bandar selain akhbar sebelum disiarkan di TV. Menurut laporan akhbar itu, wanita tersebut adalah pemilik bahagian Hoodies syarik...

Misteri Pembunuhan Kejam Dua Beradik

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Dua adik beradik perempuan warga Arab Saudi ditemui mati di Sungai Hudson di New York. Polis telah melancarkan siasatan susulan penemuan mayat Tala Farea, 16, dan Rotana Farea, 22, dalam keadaan terikat bersama dengan pita pelekat di bahagian barat Manhattan pada 24 Oktober lalu. Menurut ibu kedua-dua mangsa, keluarga mereka telah diarahkan meninggalkan Amerika Syarikat oleh pegawai di Kedutaan Saudi di Washington sehari sebelum penemuan mayat tersebut. Punca kematian tidak didedahkan dan mayat mereka ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan saling menghadap antara satu sama lain. Sementara itu, konsulat umum dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua mangsa adalah pelajar yang menemani abang mereka di Washington. "Kami telah melantik peguam untuk mengikuti perkembangan kes tersebut dengan teliti dan akan sentiasa memberi sokongan bantuan dalam berdepan waktu sukar ini," jelasnya. - Sinar Harian

Dirogol 8 Lelaki Sebelum Hukum Gantung.

JAKARTA - INDONESIA. Kisah tragis menimpa si gadis dikenakan hukuman mati oleh negara Arab Saudi dianggap zalim dan tidak berperikemanusian. Tuti Tursilawati bekerja sebagai pembantu rumah di negara itu didakwa membunuh majikannya pada 2010 dan meninggal dunia pada 29 Oktober lalu. Mungkin tidak ramai mengetahui kisah sedih ini kerana hanya popular di negaranya sendiri namun pemergiannya kini tular di media sosial meruntun jiwa netizen. Memetik Kompas, hukuman matinya dijatuhkan tanpa pengetahuan kerajaan Indonesia termasuk ahli keluarganya. Mengimbau kisahnya, si gadis ini telah mencari rezeki buat keluarganya di Arab Saudi bersama ibunya, Iti Sarniti, 52. Dia ditugasnya untuk menjaga bapa kepada Naif yang dikatakan uzur, Suud Mulhaq Al-Utaibi. Namun setelah bekerja selama lapan bulan, hidupnya diselubungi duka kerana tertekan tidak menerima gaji selama enam bulan. Bukan itu sahaja, Tuti juga sering diganggu oleh majikannya dari sudut seksual hingga mengalami tekanan. Jiwanya member...

Sindiket Mengaku Suami Ugut Lelaki Yang Menjalin Hubungan Dengan Isterinya

Wanita bujang menukar status kepada wanita bersuami secara tiba-tiba. Itu modus operandi terbaru bagi memerangkap mangsa dengan cinta wanita cantik dan seksi yang awalnya mengaku bujang. Selepas menjalin hubungan cinta dan terlanjur, tiba-tiba muncul seorang lelaki mendakwa suami kepada wanita berkenaan dan meminta sejumlah wang daripada teman lelaki kepada ‘isterinya’ sebagai cara penyelesaian kononnya kerana menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang. Terbaru, empat mangsa berusia sekitar 30 tahun hingga 40-an tampil ke Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, mendakwa menjadi mangsa kepada sindiket berkenaan dengan jumlah kerugian mencecah RM80,000. Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata mangsa kebiasaannya berkenalan dengan wanita cantik melalui laman sosial atau laman mencari jodoh atas talian sebelum mulai rapat dan menjalin hubungan cinta. “Dalam kes yang terjadi kepada empat mangsa ini, wanita atau sindiket ini akan mencari mangsa ...