Skip to main content

Kek Untuk Puan Bos, Kod Rahsia Jho Low Untuk Rasuah Isteri MO1m - DOJ


Kek. Itu adalah kod atau kata rahsia yang digunakan oleh ahli perniagaan Jho Low untuk menggambarkan rasuah kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1), menurut Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.

Dalam dokumen pertuduhannya mengenai urusan tokoh perbankan Goldman Sachs dengan Jho Low, DOJ mendakwa bahawa eksekutif Goldman, Tim Leissner, berusaha untuk mendapatkan peranan dalam tawaran awam permulaan (IPO) syarikat aset tenaga 1MDB.

Adalah didakwa "dalam perbualan online antara Low dengan Leissner pada tahun 2014, mereka membincangkan keperluan untuk 'mengampu' seorang pegawai 1MDB dan menghantar 'kek' atau rasuah kepada seseorang yang dipercayai sebagai isteri MO1 .

"Beberapa bulan selepas perbualan itu, akaun bank yang dimiliki dan dikawal oleh Leissner dan saudaranya digunakan untuk memindahkan kira-kira AS$4.1 juta kepada seorang tukang perhiasan New York, sebahagiannya, untuk membayar barangan kemas untuk isteri MO1," katanya.

Dokumen mahkamah selanjutnya menyatakan: "Pada atau sekitar 2 Jun 2014, ... Jho Low selaku defenden melalui perbincangan secara elektronik, usaha untuk mendapatkan kedudukan untuk US Financial Institution #1 dalam IPO tenaga 1MDB, termasuk keperluan 'mengampu' 1MDB Official #2 dan menghantar 'kek', merujuk kepada rasuah, kepada 'puan bos'.

"Dalam surat e-mel yang terdahulu, defendan Ng, Low dan Co-conspirator #1 merujuk isteri MO1 sebagai ‘puan’ atau 'madam'."

Jho Low didakwa meminta wang untuk dipindahkan dari akaun lahu terus ke akaun syarikat lain yang ditubuhkan di British Virgin Islands supaya konspirator boleh "menyelesaikan kek 2 puan".

MO1 telah dikenal pasti sebagai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menyifatkan kek sebagai rasuah bukan kali pertama Jho Low dilaporkan menggunakan makanan sebagai kod atau kata rahsianya.

Menurut Wall Street Journal, ahli perniagaan yang menjadi buruan itu sebelum ini melabelkan AS$ 681 juta yang dialihkan dari 1MDB ke akaun Najib sebagai "681 pai Amerika".

Najib bertegas bahawa wang AS$681 juta adalah derma dari keluarga diraja Arab Saudi, yang mana AS$620 juta sudah dikembalikan.

Walau bagaimanapun, DOJ mendakwa bahawa dana itu berasal dan dikembalikan kepada akaun yang dikawal oleh Low.

DOJ mendakwa bahawa sebahagian daripada dana yang kembali kemudiannya digunakan untuk membeli kalung berlian merah jambu berharga AS$27 juta - yang juga disebut dalam dokumen pertuduhan terhadap Jho Low dan Goldman - untuk isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor .

Ia menyatakan bahawa pada bulan September 2013, "atas permintaan Low", pereka barangan kemas New York bertemu dengan Low, MO1 dan isteri MO1 di sebuah hotel di New York "untuk mempamerkan kalung berlian merah jambu yang direka khas untuk isteri MO1".

DOJ menambah: "Kira-kira tiga minggu kemudian, kalung berlian merah jambu itu dibeli dengan menggunakan dana kira-kira $27.3 juta yang dihantar dari sebuah syarikat lahu yang dimiliki dan dikuasai oleh Low dan rakan-rakan subahatnya."

Najib, dalam temu bual dengan Al-Jazeera minggu lalu, berkata berlian merah jambu itu adalah hadiah dari Timbalan Perdana Menteri UAE Putera Sheikh Mansour Zayed, tetapi Rosmah tidak menerimanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...