Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Sayang Ibu.. Anak Syurga Ibu

Seorang wanita telah memuat naik satu status yang menyentuh hati berserta gambar seorang bayi perempuan kecil yang dikatakan telah meninggal dunia telah tersebar baru-baru ini. Difahamkan, bahawa wanita tersebut baru sahaja melahirkan anak perempuannya namun telah pergi menghadap Ilahi. Anak syurga tersebut diberi nama Wan Nur Aisyah binti Wan Mohamad Jamil. Dia telah berkongsi kisah tersebut di laman sosial Facebook. Kisah tersebut telah mendapat ribuan likes dan komen daripada netizen. Rata-rata netizen mengucapkan takziah terhadap ibu kepada anak syurga tersebut. Dia dikatakan mengalami konstraksi pada awal subuh sebelum dihantarkan ke hospital dan dia telah dimasukkan ke wad bersalin pada jam 9 pagi. Namun selepas melahirkan Wan Nur Aisyah,  arwah dikatakan hanya mampu bertahan selama beberapa minit sahaja selepas diberikan oxygen. Tetapi yang membuatkan semua sebak apabila wanita terbabit hanya dapat memeluk anaknya selama beberapa minit sahaja sel...

Viral !!! Guru Sambut Jamuan Guna Duit PIBG

Baru-baru ini telah tersebarnya sekeping gambar yang mendakwa guru-guru di sebuah sekolah telah menganjurkan jamuan di sebuah resort menggunakan duit PIBG. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap mereka. Semua ini terjadi gara-gara guru di beberapa sekolah telah menganjurkan jamuan akhir tahun dan telah diadakan di resort justeru menimbulkan perasaan tidak berpuas hati oleh sesetengah netizen. Difahamkan seorang lelaki telah membuat dakwaan di laman sosial sehingga tular bahawa jamuan tersebut hanya meraikan guru semata-mata, sekali gus meminggirkan pelajar. Jelasnya, “Bagaimana dengan murid? Hanya duduk di dalam kelas sajakah? Kamu hanya tahu menghabiskan duit untuk kepentingan kamu.” Beliau juga turut memuat naik gambar sekumpulan guru tersebut di sebuah hotel terkemuka di Selangor sambil berkata, “sepatutnya duit itu digunakan untuk murid-murid, aktiviti luar kelas dan bermacam-macam perkara.” Namun timbul desas-desus yang mengatakan wang yang digunakan ...

Test Ilmu Kebal, 14 Orang Luka Parah

Seorang lelaki di Paku Haji daerah Tangerang, menunjukan kebolehan dengan mengetes kekebalan kepada mangsa. Didi mengalami kegagalan sehingga mangsa dimasukan ke hospital dan ada juga yang menemui ajal. Lelaki berasal dari lampung tersebut mengamalkan ilmu imuniti itu di rumah sewa milik Mansur di Kampung Rawa Kopi, Paku Haji Daerah Tangerang. Apabila disahkan, insiden itu dibenarkan oleh Polis Jenayah Metro Tangerang kota, AKBP Dedi Supriyadi. Dia menjelaskan bahawa Didi membuat pengetesan ilmu kebal dengan dua peringkat, iaitu badan pesakit yang diiris dengan senjata tajam menggunakan parang dan mencuci tangan dengan asid. “Ujian kebal tahap pertama mengunakan senjata tajam, dimana mangsa di test dengan cara di hiris serta di tetak tetapi  mangsa tidak mengalami sedikit luka”.Kata dedi Ujian di tahap kedua menemuni kegagalan menurut Dedi, test tahap kedua mengunakan asid mengalami kegagalan sehingga mangsa mengalami kecederaan yang amat serius. Menurut Dedi, m...

Tidak Wajar Penaja Tarik Diri Kerana Saya' - Tunku Ismail

KUALA LUMPUR - Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa setiap usaha dan sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara perlu diteruskan meskipun beliau tidak lagi menyandang jawatan itu pada masa depan. Tindakan penaja yang mahu menarik diri sekiranya beliau tidak lagi menduduki kerusi nombor satu badan induk itu disifatkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) adalah tidak wajar. Merujuk kepada hasrat Pengerusi Ampersand Sports Sdn Bhd, Tan Sri Vincent lee untuk menarik diri sebagai agensi yang memegang hak eksklusif mencari penajaan bagi saingan Liga Malaysia seandainya TMJ melepaskan jawatannya, demikian kata beliau. Katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM, ""saya tidak bersetuju jika saya tiada maka penaja mahu menarik diri. Tetapi semua penaja perlu faham iaitu penajaan kepada bola sepak negara adalah demi kepentingan nasional." Vincent berkata pembabitan syarikat berkenaan untuk membant...

Pakaian Menjolok Mata, Adik Neelofa Ditegur Netizen

Sebelum ini adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan, pernah dikecam gara-gara dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada tahun lalu. Tetapi, dia hanya mengambil langkah berdiam diri dan menutup ruangan komen di Instagramnya. Ameera juga terkenal dengan sikap yang outspoken atau lantang bersuara dan gemar menggayakan pakaian yang menjolok mata. Namun terbaharu, dia telah mendapat perhatian netizen sekali lagi apabila dia bertindak memuat naik gambar memakai pakaian yang menjolok mata sehingga menampakkan baju dalamnya yang berwarna hitam. Dia telah betindak berani memuat naik gambar tersebut di dalam Instagramnya (@littlemisskhan) namun ada sesetengah netizen yang berpendapat tidak sesuai untuk gadis bawah umur berpakaian seperti itu. Editor: Atila Atasha

Wanita Berusia 43 Tahun Diperdaya Warga Nigeria

KUALA LUMPUR-  Nasib malang menimpa seorang pensyarah apabila dipercayai ratusan ribu ringgit dia ‘lebur’ selepas terjerat dengan ‘love scam’ lelaki Nigeria. Mangsa, seorang pensyarah di sebuah kolej swasta dipercayai berkenalan dengan suspek di laman sosial. Suspek memperkenalkan dirinya sebagai Walter Jack Hassan, dia juga mendakwa berdarah kacukan Mesir dan Kanada. Namun setelah berkenalan sejak 2013, suspek memberitahu kepada mangsa yang berusia 43 tahun itu bahawa kad kreditnya hilang dan perlu pulang ke Kanada untuk membuat kad baharu. Suspek memujuk mangsa untuk meminjam wang dan berjanji akan memulangkannya semula sebelum mangsa membuat transaksi kira-kira RM110,000, kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif. “Pada 6 November lalu, wang diberikan mangsa melalui beberapa transaksi akaun dan mangsa dihubungi suspek yang bertanyakan sama ada dia telah menerima bayaran wang tersebut atau belum. Katanya, “mangsa ...

Korea Utara Bertindak GIla, PBB Beri Amaran

NEW YORK – Pyongyang diarah menghentikan tindakan yang boleh mengancam kestabilan serantau oleh Ketua Hal Ehwal Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeffrey Feltman. Berikutan susulan tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Feltman menegaskan perkara itu ketika mengada pertemuan dengan Duta Korea Utara ke PBB, Ja Song Nam, semalam. Katanya, “ketika pertemuan itu, saya menegaskan bahawa tidak ada yang lebih bahaya mengancam keamanan dan keselamatan dunia dengan apa yang sedang berlaku di Semenanjung Korea ketika ini.” Ketika menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB, Feltman membentangkan perkara itu berikutan susulan tindakan Korea Utara melancarkan ICBM. Sumber: Reuters. Editor: Atila Atasha

Jenayah Pedofilia!!! Didikkan Awal Kanak Kanak

Kredit Photo Utusan Online MUAR – Titah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, golongan ibu bapa perlu memberi pendedahan berkaitan dengan pengetahuan seksual terhadap kanak-kanak seawal usia empat tahun sebagai langkah untuk menangani jenayah Pedofilia di sekeliling mereka. Pendidikan seksual asas, iaitu dengan memaklumkan bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh dan dilihat oleh seseorang adalah penting walaupun ahli keluarga sendiri, titah baginda. “Sebenarnya pendidkan seksual seperti ini perlu dihebahkan kepada anak-anak seawal usia empat atau lima tahun kerana dalam usia itu, mereka masih tidak dapat untuk menilai bentuk gangguan seksual.” Titah baginda, “oleh yang demikian, kita sebagai ibu bapa, penjaga atau guru perlu selalu mengingatkan anak-anak tentang menjauhi pelbagai bentuk gangguan seksual termasuklah cara menyelamatkan diri.” Seminar tentang Kesedaran Jenayah Pedofilia 2017 tersebut di adakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibr...

Gurauan 5 minit Seorang Remaja Menemui Ajal,

Kredit Photo Berita Harian TUMPAT – Seorang remaja lemas selepas tenggelam selama kira-kira 5 minit apabila dia bertindak menerjun ke dalam sebuah kolam ikan terbiar. Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Bazli Seriumi, 16 bersama lima rakannya dikatakan ingin menarik bot yang menjadi kegunaan warga sekolah terbabit ke tebing di Pusat Tahfiz Asmaa Al-Ikhlas, Pulau Raja di sini. Rakan mangsa iaitu, Muhammad Anas Mohamed, 13, bersama empat lagi rakan menaiki bot dengan ditemani seorang guru, Abdul Rahman Zaidi, 21 yang berada di dalam air dan menolak bot ke tebing. “Namun bazli dikatakan tiba lewat dan ingin menaiki bot tersebut yang berada 50 meter dari tebing kolam. “Dia telah bertindak terus menerjun ke dalam kolam dan sangkakan dia hanya bergurau apabila melihat tangannya terkapa-kapai dan tenggelam timbul kerana dia pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tumpat. Abdul Rahman berenang ke lokasi Mohamad ...

Wanita Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

KOTA BELUD – Seorang wanita ditemui rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Tambilaung di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 2 pagi itu, meyebabkan seorang mangsa maut, Arimah Sagi, 55 manakala enam lagi ahli keluarga yang turut tinggal di rumah terbabit terselamat. Kebakaran tersebut telah mengaikbatkan rumah papan yang didiami mereka musnah 100 peratus, manakala tiga motosikal yang diletakkan di perkarangan kediaman terbabit turut hangus dijilat api. Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.09 pagi, kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah. Bomba telah menghantar enam anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda ke lokasi yang terletak 28 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud serta mengambil masa 36 minit untuk tiba di tempat kejadian, katanya. Katanya lagi, “kebakaran yang membabitkan sebuah rumah tidak kekal lama dan tiga motosikal musnah...

MPV Bantu Ibu Dan Bayi Ketika Hujan

Di waktu kita berfikir nasib kita lebih malang, tanpa kita sedari ada yang lebih malang lagi dari kita. Namun perkara yang menyayat hati apabila sepasang suami isteri sanggup meredah hujan dengan menunggang motosikal bersama seorang bayi. Bersyukur masih ada yang berjiwa prihatin. Sebuah mpv polis tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut. Anggota mpv mempelawa pasangan terbabit menaiki MPV untuk ke tempat yang ingin dituju. Di atas ehsan angota tersebut, pasangan terbabit sampai ke tempat yang di tuju dengan selamat. selagi ada insan yang bergelar manusia, selagi itu kita akan ada perwira. Tindakan anggota MPV tersebut telah mendapat pujian daripada pengguna laman sosial Facebook. Syabas dan tahniah kepada anggota PDRM yang menjalankan tugas membantu masyarakat. Editor: Atila Atasha

Cubaan Bakar Surau, Dua Lelaki Didakwa

PETALING JAYA – Dua lelaki mengaku tidak bersalah hari ini di atas pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan kebinasaan terhadap Surau Al-Huda di Makhamah Seksyen Petaling Jaya, pada 19 November lalu. Tertuduh, D Tibanraj dan rakannya, R Darshan mendakwa yang mereka mabuk pada ketika kejadian itu memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan. Kedua-dua mereka yang berusia 19 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Surau Al-Huda, Apartment Impian Damansara Damai, pada jam 6.10 pagi, 19 November lalu. Mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh. Namun bagaimanapun, peguam bela Melvinder Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon makhamah untuk membenarkan jaminan atas alasan surau itu tidak terbakar dan hanya mengalami sedikit ker...

Kes Whatsapp Pertama Didakwa Di Makhamah

Kredit Photo BERNAMA SABAH – Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) telah menjadi orang pertama dalam Malaysia yang dihadapkan ke makhamah di atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi Whatsapp secara berkumpulan. Tertuduh, Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Makhamah Seksyen Tawau, di atas pertuduhan secara sedar semasa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi Whatsapp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu. Mengikut kertas pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa telah memulakan penghantaran komunikasi palsu kepada kumpulan Whatsapp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira jam 1 tengah hari di Hospital Semporna. Dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T di...

Ong Bak!!! Maut Dilibas Gajah

THAILAND – Phlai Ekasit, seekor gajar yang popular yang sering terlibat di dalam filem antarabangsa salah satunya ‘Ong Bak’ yang dibintangi oleh Tony jaa telah melibas penjaga sehingga mati dengan menggunakan belalainya pada pagi Isnin lalu. Mangsa, Somsak Riangngern yang berusia 55 tahun telah mengendalikan gajah yang kini berusia 32 tahun itu selama lebih dari satu dekat telah mati di tempat kejadian.   Riangngern tidak melakukan apa-apa selain melakukan tugasnya menyuapkan haiwan jagaannya itu dengan pokok pisang sambil mengajaknya berjalan ke kawasan mandi di zoo Chiang Mai, Thailand sebelum serangan itu berlaku, menurut saksi kejadian, lapor Thai PBS. Secara tiba-tiba, haiwan terkenal itu berpaling dan melibas Riangngern dengan belalainya berkali-kali, dakwa saksi. Lelaki tersebut meninggal dunia serta-mrta manakala isterinya, Jampa, hanya mampu melihat. Kemudian kakitangan zoo berjaya mengawal gajah tersebut namun mereka masih tidak pasti apa yang me...

6 Gambar, Banduan Rebut Gelaran Ratu Cantik Di Penjara.

RIO DE JANEIRO – Banduan-banduan wanita yang sedang menjalani hukuman penjara di Talavera Bruce telah mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik penjara serta menukar pakaian seragam mereka dan memakai gaun. Setelah siap bersolek dan didandan rambut mereka, 10 penghuni di pusat tahanan tersebut menyarung kasut tumit tinggi dan melakukan ‘catwalk’ untuk diadili dari segi kecantikan, daya tarikan dan sikap sambil disaksikan 440 penghuni dan ahli keluarga banduan yang bertepuk tangan tanda memberikan sokongan. Program ini dikawal ketat oleh pihak penjara dan bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan wanita yang menjalani hukuman penjara. Program ini juga membuka peluang kepada mereka untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing yang jarang ditemui. Kata salah seorang penghuni terbabit, Michelle Rangel, 28, “saya tidak rasa seperti berada di penjara sepanjang acara ini.” Kata Rangel yang juga merupakan pemenang untuk tahun lepas, “jiwa saya bebas.” Di...

Aku Merempat Di Negara Sendiri

Kredit Photo Harian Metro MELAKA – Kehidupan seorang wanita yang dikenali sebagai Ain, 23 menemui jalan buntu apabila dia mendapati dirinya tiada sebarang identiti mahupun mengetahui asal-usulnya. Jelasnya, “saya sebolehnya mahu berkeluarga, malah pada tahun depan saya juga merancang untuk bernikah. Calon suami pun sudah ada, tapi bagaimana mahu isi borang kalau saya sendiri tiada identiti.” Ketika ditemui di Bandar Hilir kelmarin, dia berkata, “kalau boleh saya mahu menjadi warganegara yang sah dan tidak lagi hidup di dalam ketakutan, namun sampai kini saya tidak tahu asal-usul atau mengenali siapa wanita yang melahirkan saya.” Sejak beberapa tahun yang lalu, dia pernah beberapa kali ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) termasuk di Putrajaya untuk memohon MyKad, namun tidak berjaya kerana tidak ada bukti yang boleh menyokong dia dilahirkan di negara ini, dakwa gadis itu. Dia berkata bahawa kehidupannya menjadi rumit dan dia boleh dilabelkan orang hanyut k...

Elyana Dedah Punca Penyakit Kanser Peringkat Akhir.

Elyana yang juga merupakan bekas peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) sebenarnya penghidap penyakit kanser tahap 4 peringkat akhir. Namun siapa sangka bahawa penyanyi yang berusia 30 tahun ini sedang berjuang melawan penyakit kanser Limfoma tahap 4. Pengumuman yang dibuat selepas diumumkan tersingkir pada minggu ke-5 telah mengejutkan semua penonton kerana mereka tidak menyangka di sebalik susuk tubuh yang nampak sihat  dan bertenaga itu sebenarnya sedang bertarung untuk melawan kansernya. Menurut doktor, Elyana ada masa lagi setahun sahaja lagi untuk meneruskan hidupnya dan dimaklumkan bahawa kanser tersebut kini sudah merebak di paru-paru dan beberapa organ yang lain. Elyana juga dikatakan telah bertarung menghidap penyakit kanser itu sejak 7 tahun yang lalu selepas melahirkan anak sulungnya itu. Difahamkan, kanser limfoma ini bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting terhadap sistem pertahanan badan. Ia juga bergera...

Setiap 10 Tahun Pendawaian Elektrik Wajib Diperiksa.

KUALA LUMPUR - Setiap 10 tahun pendawaian elektrik wajib diperiksa oleh semua rumah mulai tahun hadapan. Peraturan ini akan berkuatkuasa di bawah pindaan kepada Peraturan Elektrik 1991, kata Ketua Unit Pembangunan Keselamatan Elektrik Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk. katanya pada Isnin lalu, semasa perbincangan keselamatan elektrik di Schneider Electrics, "sebelum ini kita tidak mempunyai peraturan seumpama itu tetapi oleh kerana kurangnya kesedaran tentang keselamatan elektrikal, orang ramai tidak memeriksa pendawaian hinggalah sesuatu perkara berlaku." Selepas beberapa insiden terutama yang berlaku membabitkan unit kediaman dan juga menyebabkan kemalangan jiwa baru peraturan dilaksanakan. 914 kes kebakaran dilaporkan, 50.5 peratus daripadanya membabitkan rumah kediaman sejak dari tahun 2002. 49 kes juga dilaporkan dengan separuh daripadanya melibatkan kemalangan jiwa bagi tahun ini. Kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang keselamatan ele...

Gara-Gara Isu Bulu Dada, Adun Semerah Mohd Ismail Roslan Ditegur Speaker

ISKANDAR PUTERI - Seorang wakil rakyat ditegur oleh Speaker Johor Tan Sri Mohamad Aziz kerana mendakwa seorang wanita warga emas di kawasannya berkahwin dengan seorang lelaki warga asing kerana 'bulu di dadanya'. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mohd Ismail Roslan diberitahu beliau bahawa perkahwinan pasangan itu tiada kena mengena dengan keadaan bulu pada dada lelaki itu. Katanya semasa sesi persidangan, "mungkin ini hanya berlaku di kawasan anda dan jika anda tiada soalan tambahan, sila duduk." Sebelum ini, Mohd Ismail pernah bertanya kepada jawatankuasa agama negeri, iaitu Mutalip Abd Rahman sama ada negeri itu mempunyai sebarang dasar mengenai perkahwinan antara wanita warga emas beragama Islam dengan lelaki warga asing. Jelasnya, "saya teringat kes di mana seorang wanita tempatan berusia 65 tahun berkahwin dengan lelaki warga asing yang berusia 35 tahun yang mempunyai bulu dada. Kata Mohd Ismail, "dia kini mempunyai sebuah kedai, dia ...

Satu Keluarga Menghadapi Detik Cemas Jam 3 Pagi

BATU PAHAT – Tiga penjenayah warga asing telah melarikan RM30,000 dengan bersenjatakan parang dan pemutar skru selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Parit Jalil, Batu Pahat. Suspek bertindak mengikat mangsanya menggunakan wayar telefon, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mender Singh. Katanya lagi, suspek juga mengikat mangsa dengan dawai dan turut melarikan empat telefon bimbit selain cincin emas. “Kejadian berlaku pada jam 3.30 pagi, mangsa terjaga apabila terdengar bunyi hentakan yang kuat dari pintu biliknya, kata mangsa yang juga pengadu berusia 34 tahun itu. “Namun tak lama selepas itu, tiba-tiba terdapat tiga lelaki yang menutup muka dengan kain masuk dan mengikat tangan pengadu menggunakan wayar telefon dan menyuruhnya untuk diam. “Suspek telah bertindak membawa mangsa ke bilik ibu bapanya yang berusia 60 dan 55 tahun dan membawa dawai bersama mereka. “Ketiga-tiga suspek terus menggeledah bilik dan bahagian ruang tamu ru...

Kanak-Kanak Sembunyi Bawah Bas Mahu Cari Ibu Bapa

CHINA - Dua kanak-kanak berusia sekitar lapan tahun sanggup bergadai nyawa dengan menyorok di bawah bas selama tiga jam dari rumah mereka semata-mata untuk bertemu ibu bapa mereka yang jauh bekerja di bandar. Lapor media China, mereka tinggal di kawasan pedalaman di Nazuo, Wilayah Guangxi manakala ibu bapanya pula jauh bekerja di bandar. Kanak-kanak terbabit ditemui diselaputi lumpur oleh seorang pekerja keselamatan. Bas tersebut dipercayai berhenti di stesen di daerah Xilin selepas perjalanan sejauh 80 kilometer (km). Kata seorang pekerja stesen bas, "mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa dengan berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu untuk menemui ibu bapa mereka." Difahamkan sebelum itu, mereka dikatakan telah melarikan diri dari sekolah sebelum sesi pembelajaran bermula dan mencari ruang di bawah bahagian bas itu sebagai tempat untuk menyorok. Dua kanak-kanak itu 'menumpang'  bas yan...

Gelandangan Asyik Tidur, Nyaris Lemas Tertimbus Sampah

PHILADELPHIA – Pihak bomba Philadelphia telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki gelandangan yang hampir lemas daripada tertimbus timbunan sampah yang sedang diangkut masuk. Dalam kejadian kira-kira enam pagi itu, sebuah lori sampah telah datang untuk memunggah sampah dengan menggunakan mesin untuk memandatkan sampah berkenaan namun dia dipercayai sedang asyik tidur di dalam sebuah tong sampah tersebut. Pihak bomba kemudiannya telah mengambil masa selama dua jam untuk memngeluarkan lelaki berkenaan. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital Temple University untuk mendapatkan rawatan tetapi dia dikatakan berada dalam keadaan yang kritikal. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha

Terkandas Selama Sembilan Jam

Kredit Photo Harian Metro PELABUHAN KLANG – Detik menakutkan terjadi apabila seramai 10 pemancing terkandas selama lebih sembilan jam berikutan bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan kira-kira 9 batu dari daratan Kuala Selangor, kelmarin. Bot pancing yang dinaiki mereka bersama dua kru lain itu difahamkan keluar ke kawasan perairan berkenaan dari jam 10 pagi, Sabtu. Bagaimanapun, mereka telah diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) selepas bot tersebut dikatakan mengalami kerosakan pada enjin dan hanya boleh terapung di lokasi kejadian. Pusat operasi Daerah Maritim 4 Selangor menerima aduan kerosakan daripada pemilik bot itu pada jam 12.50 tengah hari kelmarin, kata pengarah Maritim Daerah Klang Kapten Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad. Bot peronda Kilat 32 milik APMM yang kemudiannya segera digerakkan ke lokasi kejadian. “Namun bot itu kemudiannya dipantau dan dikawal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,“ katanya. Usah...

Penipuan Scam Sebagai Polis

SARAWAK : Seorang guru mengalami kerugian RM 592,630 kerana di tipu sindiket penipuan Macau Scam yang mendakwa mangsa terlibat kes penggubahan wang haram, jumaat lalu. Pada 16 november lalu, mangsa yang berusia 51 tahun menerima panggilan dari seorang lelaki yang memperkenakan dirinya sebagai Pegawai Polis. Suspek mendakwa mangsa dikesan melakukan kesalahan penggubahan wang haram dan bakal ditahan tidak lama lagi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, suspek mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang kepada nombor akaun yang diberikan. Menurut mangsa, dia juga diugut wang simpanannya di dalam bank bakal di bekukan jika tidak di pindahkan ke akaun terbabit. "Mangsa kemudiannya terpedaya dan memindahkan wang seperti yang diminta dalam beberapa transaksi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di Kuching, hari ini. Mangsa mulai tersedar ditipu selepas cubaan...

Doa Di Pagi Yang Indah

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين. والصلاة السلام علي سيدنامحمدوعلي اله واصحابه اجمعين. Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu n kasih sayangMu yg berkekalan dlm menjalankan tugas n kewajipan. Hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas n suka bertangguh-tangguh dlm menjalankan kewajipan. Ya Allah, peliharalah kami n lindungilah kami dgn penuh ria'yah agar kami sentiasa dlm keadaan sihat sejahtera, aman bahagia selamanya. Kurniakanlah kami taufiq n hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha utk kejayaan n kecemerlangan di dunia serta tekun n ta'at utk beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah. Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kami,n dosa kedua ibubapa kami, dosa suami/isteri dan anak2 kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para sah...

Nafsu Buas Suami!!! Isteri Tekad Lari Rumah

ZIMBABWE - Seorang wanita nekad melarikan diri dari rumah kerana suaminya memiliki selera yang tinggi. Luah seorang wanita, Constance Muungani, 26, "saya tidak tahan kerana terpaksa melayan nafsunya enam jam setiap hari." Suaminya, Fani Mumba, 31, adalah seorang penganggur dan boleh dikatakan setiap hari dia akan menagih 'cinta' Muugani di atas katil. Keluh Muugani, "saya terlalu kerap berasmara dengannya setiap enam jam setiap hari! Itu sudah melampaui batas sehingga lenguh-lenguh alat sulit ini. Saya bimbang akan mati dalam asmara." Tambahnya lagi, "suami saya seorang penganggur manakala saya mempunyai kerja. Saya tidak akan kembali lagi kepadanya kerana yang dia tahu hanya mintak 'itu' sahaja. Saya juga mahukan hak penjagaan anak kami." Namun suaminya berkeras juga tidak mahu bercerai kerana dia masih sayangkan isterinya itu. Luah suaminya pula, "saya cintakan dia dan saya minta dia berikan saya peluang sekali ...

Bot Karam Dinaiki 7 Nelayan

PASIR PUTEH – Sebuah bot karam dihempas ombak besar di Kuala Tok Bali yang membawa tujuh nelayan warga Thailand di Kuala Tok Bali, di sini kira-kira jam 1.15 petang. Namun beberapa jam selepas itu,  enam nelayan yang menaiki bot tempatan bernombor pendaftaran TRF 1097 ditemukan berpaut pada pelampung oleh nelayan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).  Sebelum kejadian, bot yang keluar dari Tok Bali untuk menangkap ikan itu berpatah balik selepas keadaan cuaca yang amat buruk, kata pengurus terbabit, Mohamad Azuhan Yaman, 25. Katanya usaha untuk mencari seorang lagi mangsa sedang giat dijalankan. Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Nurul Hizam Zakaria, mengesahkan kejadian itu. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha

13 Lelaki Gay Dipenjara Kerana Buat Parti Pesta Gay

KAHERAH – 13 lelaki homoseksual disabitkan dengan hukuman penjara selama tiga tahun oleh Makhamah Mesir kerana menjalinkan hubungan seks ‘luar tabii’. Lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 5,000 paun Mesir (RM1,160) setiap seorang sehingga perbicaraan rayuan kelak, kata peguam bela, Ishaq Wadie. Perbicaraan terhadap tiga suspek lain ditangguhkan atas sebab prsedur, kata peguam lagi. Tindakan keras mula dilaksanakan oleh pihak berkuasa terhadap orang ramai yang mengamalkan seks luar tabii. Satu konsert luar di Kaherah telah diadakan pada 22 September lalu oleh sebuah kumpulan penyanyi Lubnan, Mashrou’ Leila apabila bendera yang mewakili komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) dikbarkan dalam konsert. Oleh dari itu, langkah susulan telah dibuat. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha

Adun PAS Datuk Amirudin Hamzah Sertai BERSATU

Cradit Foto Malaysia Kini Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menerima ke ahlian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit Datuk Amirudin Hamzah dari PAS. Datuk Amiruddin yg juga menjadi ketua pembangkang membuat siaran media secara langsung di Facebook. Beliau berkata, gabungan pembangkang yang sepakat seperti di buktikan Pakatan Harapan Rakyat pada pilihan raya umum ke 12 dan 13 mampu untuk menghadapi Barisan Nasinol. “Untuk berhadapan dengan Barisan Nasinol, saya berpandagan kita perlu kukuh serta padu untuk menghadapi Pilihan Raya (PRU) akan datang." "Yang penting kita berada dalam kesepakatan yang padu dan ini saya lihat dapat dicapai dalam Pakatan Harapan (HARAPAN)," katanya." Justeru selepas perbincangan dengan pihak terdekat, beliau berkata memutuskan untuk bersama HARAPAN melalui BERSATU. Datuk Amiruddin adalah pengganti allayarham Datuk Fadzil Noor di DUN Anak Bukit, selepas menang dalam pilihan raya kecil pada ...