Sayang Ibu.. Anak Syurga Ibu


Seorang wanita telah memuat naik satu status yang menyentuh hati berserta gambar seorang bayi perempuan kecil yang dikatakan telah meninggal dunia telah tersebar baru-baru ini.

Difahamkan, bahawa wanita tersebut baru sahaja melahirkan anak perempuannya namun telah pergi menghadap Ilahi. Anak syurga tersebut diberi nama Wan Nur Aisyah binti Wan Mohamad Jamil.

Dia telah berkongsi kisah tersebut di laman sosial Facebook. Kisah tersebut telah mendapat ribuan likes dan komen daripada netizen. Rata-rata netizen mengucapkan takziah terhadap ibu kepada anak syurga tersebut.

Dia dikatakan mengalami konstraksi pada awal subuh sebelum dihantarkan ke hospital dan dia telah dimasukkan ke wad bersalin pada jam 9 pagi.

Namun selepas melahirkan Wan Nur Aisyah,  arwah dikatakan hanya mampu bertahan selama beberapa minit sahaja selepas diberikan oxygen.

Tetapi yang membuatkan semua sebak apabila wanita terbabit hanya dapat memeluk anaknya selama beberapa minit sahaja selepas bersalin.

Ramai juga yang turut bersedih akan kehilangan anak syurga ini, Dan kelihatan ramai yang memberi dorongan dan kata-kata semangat terhadap wanita itu.