Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) telah menerima 10 aduan daripada mangsa penipuan skim pelaburan saham emas yang ditawarkan sepasang suami isteri. Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin berkata, jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM306,500 sejak Januari sehingga Mac melibatkan skim pelaburan yang ditawarkan pasangan tersebut. “Sindiket itu masih lagi giat dalam menjalankan pemasaran skim pelaburan saham yang mana ia disyaki tidak sah dan berdaftar dengan mana-mana badan penguatkuasa. “Mereka menyasarkan golongan warga emas yang mempunyai simpanan persaraan dan ingin menyertai pelaburan bagi keuntungan berganda,” katanya dalam sidang media di Megan Avenue 1, Jalan Tun Razak, di sini hari ini. Beliau berkata tawaran-tawaran program saham tersebut adalah tidak sah dari segi undang-undang berikutan syarikat itu gagal dan tidak mematuhi undang-undang diperuntukkan kerajaan. “Lebih menghairankan apabil...