Skip to main content

Tidak Wajar Penaja Tarik Diri Kerana Saya' - Tunku Ismail


KUALA LUMPUR - Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa setiap usaha dan sumbangan ke arah pembangunan bola sepak negara perlu diteruskan meskipun beliau tidak lagi menyandang jawatan itu pada masa depan.

Tindakan penaja yang mahu menarik diri sekiranya beliau tidak lagi menduduki kerusi nombor satu badan induk itu disifatkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) adalah tidak wajar.

Merujuk kepada hasrat Pengerusi Ampersand Sports Sdn Bhd, Tan Sri Vincent lee untuk menarik diri sebagai agensi yang memegang hak eksklusif mencari penajaan bagi saingan Liga Malaysia seandainya TMJ melepaskan jawatannya, demikian kata beliau.

Katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM, ""saya tidak bersetuju jika saya tiada maka penaja mahu menarik diri. Tetapi semua penaja perlu faham iaitu penajaan kepada bola sepak negara adalah demi kepentingan nasional."

Vincent berkata pembabitan syarikat berkenaan untuk membantu Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) adalah kerana yakin dengan kredibiliti dan visi TMJ yang bersungguh-sungguh mahu memajukan bola sepak tempatan, dalam sidang media di Johor Bahru semalam.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berpendapat kejayaan untuk mengangkat semula martabat bola sepak negara hanya akan dikecapi sekiranya semua pihak bersedia untuk bersatu menggembleng tenaga dan usaha.

Katanya lagi, "jika kita bersatu dan ada perpaduan, Insya-Allah kita dapat mencapai sasaran kita. Tetapi jika kita berpecah dan  suka bergaduh antara satu sama lain, bola sepak negara tidak akan ke mana. Percayalah jika kita ada perpaduan dan bersatu, banyak perkara yang akan kita capai."

Namun dalam pada masa yang sama, Tunku Ismail memberi jaminan FAM di bawah kepimpinannya bersedia memberikan yang terbaik dalam mengangkat semula maruah bola sepak negara.

jelas beliau lagi, "apa yang kita cuba lakukan sekarang adalah memberikan semula sukan bola sepak kepada rakyat. Tiada sifat kroni dan tiada kepentingan diri sendiri. Saya tidak mahu FAM mengambil satu sen pun tetapi memberikan kesemua hak penyiaran kepada seluruh pasukan yang bertanding." Sumber: BERNAMA. Editor: Atila Atasha

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...