Powered by Blogger.

Wednesday, August 15, 2018

Ubah Suai Kenderaan Pun Salah, Inikan Pula Ubah Suai Jantina


KUALA LUMPUR — PAS menyifatkan mengubah jantina perbuatan salah yang “dilarang keras” sama seperti mengubah kenderaan sesuka hati.

“Ubah suai kenderaan pun tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana melibatkan keselamatan pengguna dan juga orang lain.

“Inikan pula ubah suai jantina,” coret ketua penerangannya Nasrudin Hassan di Facebook sebentar tadi.

Beliau berharap golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) kembali ke pangkuan agama agar “lebih tenang di dunia dan akhirat”.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh semalam memohon agar kumpulan LGBT tidak dipinggirkan daripada masyarakat Islam.

Golongan itu mesti ditangani dengan penuh ihsan dan hormat, tambahnya. – MalayMail