Skip to main content

Mahkamah Sahkan Pernikahan Joy Dan Bekas Suami.

SHAH ALAM: Kontroversi isu pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan bekas sah mengikut syarak.

Menurut laporan Berita Harian Online, Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini, mengesahkan pernikahan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan suami terdahulunya, sah mengikut syarak.

Hakim Syarie, Salehan Yatim memutuskan pernikahan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, dan Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand, empat tahun lalu adalah sah mengikut hukum syarak.

Beliau membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua dokumen, keterangan lisan dan hujahan bertulis yang dikemukakan kedua-dua pihak kepada mahkamah.

"Mahkamah berpuas hati dengan keterangan plaintif dan responden, saksi-saksi, dokumen-dokumen yang diserahkan selain pernikahan itu menggunakan wali hakim dan saksi.

"Mahkamah mensabitkan bahawa pernikahan kamu berdua pada 10 Januari 2013 di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla, Thailand adalah sah mengikut hukum syarak," katanya ketika membacakan penghakiman, di sini.

Joy Revfa diwakili peguam syarie Aznor Suhaida Dollah manakala Mohd Rayus, 46, atau lebih dikenali dengan nama Datuk Ray Imran hadir tanpa peguam.

Pada 23 Ogos lalu, Joy Revfa memfailkan permohonan pengesahan pernikahan antara beliau dan bekas suaminya itu.

Pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun, Muhammad Arryan Firdaus.

Terdahulu dalam prosiding semalam, saksi yang juga adik Joy Revfa, Mohd Zarif, 26, memberitahu mahkamah, beliau mengetahui mengenai pernikahan kakaknya itu tetapi tidak dapat hadir berikutan mempunyai urusan kerja.

Sementara itu, Aznor Suhaida ketika ditemui di luar mahkamah, berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan pengesahan penceraian antara Joy Revfa dengan Mohd Rayus di Mahkamah Syariah di sini, dalam masa terdekat.

"Hari ini mahkamah mengesahkan pernikahan anak guam saya dengan bekas suaminya adalah sah dan langkah seterusnya adalah untuk memfailkan pengesahan penceraian mereka dalam masa terdekat," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...