Skip to main content

Kiera Mohon Maaf Secara Terbuka Isu Program Clever Girl

Kiera tampil memohon maaf secara terbuka terhadap kenyataan yang dibuat berkaitan pihak produksi program Clever Girl Malaysia yang ditayangkan di TV3.

Sebalum ini peserta yang mewakili Pulau Pinang iaitu Noor Syakirah Mohd Azam atau dikenali sebagai (Kiera) telah menarik diri dalam program itu.

Menurut laporan mStar Online, Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford itu berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi negatif yang boleh menjejaskan rancangan terbitan Media Prima tersebut.

"Kiera berharap semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama menghentikan spekulasi-spekulasi negatif yang sedang menular di Internet.

"Dengan kesempatan ini saya menyampaikan hasrat memohon maaf kepada pihak yang terbabit secara langsung atau tidak," ujarnya kepada mStar Online.

Kiera diminta mengulas tentang kenyataan terbukanya menerusi akaun Instagram Kieracatkingdom yang mendedahkan keputusan dia menarik diri disebabkan rasa kurang senang dengan pihak produksi program berkenaan.

Dalam kenyataan itu, dia memberitahu beberapa peserta kegemaran produksi sudah diberikan jawapan awal agar mendapat laluan mudah ke pringkat seterusnya.

Bagaimanapun, Kiera berkata, dia telah menarik balik kenyataan itu dan memadam status yang dimuat naik minggu lalu.

"Saya sudah padam status kenyataan itu dan bermakna saya menarik balik semula kenyataan berkenaan. Tambahan pula, saya sudah berjanji dengan produksi untuk tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Kiera berkata, dia berterima kasih kepada penonton yang masih memberi sokongan kepadanya sepanjang terlibat dalam program tersebut.

Ketiadaan Kiera menjadikan enam peserta yang akan bersaing dalam pertandingan uji minda itu.

Program Clever Girl Malaysia terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd (PWS) untuk TV3 bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, pukul 9 malam hingga 10 malam. - mStar Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut