Skip to main content

Vingada Gugurkan Enam Permain, Senarai 24 Pemain Bertemu Korea Utara.

KUALA LUMPUR, -- Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Nelo Vingada menyenaraikan 24 pemain untuk latihan pusat di Johor Bahru, Johor bermula 30 September ini.

Pemilihan tersebut sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Okt dan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Okt.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan 17 pemain daripada senarai 23 pemain telah dipanggil Vingada.

Sebelum ini skuad kebangsaan yang dipanggil Vingada telah seri 1-1 dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Sept lalu

Vingada juga dilihat menggugurkan enam permain yang pernah dipanggil untuk bertemu Hong Kong sebelum ini.

Enam pemain yang digugurkan terdiri daripada Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) yang digantung perlawanan serta penjaga gol Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi (Perak).

Menurut kenyataan itu, seramai 15 pemain akan melapor diri pada Isnin ini manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada Jumaat selepas mereka selesai tugasan Piala AFC bertemu Ceres Negros di Filipina.

Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan seramai tujuh pemain baharu termasuk enam pemain dari skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lalu.

Ini senarai permain yang telah dipanggil Vingada

Penjaga gol: Ifwat Akmal Chel Kassim (Kedah), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Khairulazhan Khalid (Selangor).

Pertahanan: Khairul Helmi Johari, Fitri Omar (Kedah); Sharom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan (Perak); Matthew Davies (Pahang); Adam Nor Azlin (Selangor).

Tengah: Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon, Akram Mahinan (Kedah); Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Nazmi Faiz Mansor (JDT); Kiko Insa, Nor Azam Abdul Azih (Pahang); Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda Utd); Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang).

Penyerang: Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP); Safawi Rashid, Darren Lok, Ahmad Hazwan Bakri (JDT). - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...