Skip to main content

Kiera Berdepan Tindakan Saman Jika Terus Fitnah TV3

Seorang peserta rancangan televisyen yang dikenali sebagai Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana didakwa telah menyebarkan kenyataan palsu dan berunsur fitnah.

Kiera berusia 27 tahun merupakan salah seorang peserta Clever Girl Malaysia iaitu sebuah rancangan yang disiarkan di saluran TV3.

Menurut laporan mStar Online, TV3 telah pun mengeluarkan kenyataan pada Ahad lalu dengan mengatakan bahawa dakwaan melalui kenyataan asal bekas peserta rancangan tersebut  adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak TV3 sentiasa mengambil berat tentang integriti rancangan kami dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dan berunsur fitnah,” kata kenyataan itu.

Kiera dikatakan telah  membuat keputusan menarik diri pada Khamis lalu iaitu sehari sebelum siaran langsung rancangan berkenaan disiarkan.

Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford ini dalam kenyataan awalnya di laman sosial mendakwa, penarikan dirinya adalah disebabkan dia mendapati terdapat unsur-unsur berat sebelah dan soalan bocor dalam pertandingan itu.

Namun kenyataan itu ditarik balik tidak lama kemudian atas alasan dia mempunyai perjanjian dengan TV3 agar tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan dibuat.

Netizen pula berpendapat, peserta dari Pulau Pinang ini sebenarnya sering gagal menjawab beberapa soalan diberikan.

Program Clever Girl Malaysia bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, pukul 9 malam hingga 10 malam di TV3.  - mStar Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...