Skip to main content

Dalam Drama Pegang Tangan Pun Tak Nak - Michael Ang

Michael Ang yang merupakan seorang pengarah drama bersiri serta telefilem hari ini tampil dengan komen pedasnya mengenai tingkah laku pelakon berhijab Fathia Latiff.

Komen pedas daripada Michael yang membidas perlakuan Fathia tersebut ketika memaklumkan mengenai perkembangan terkini dramanya di 'Instagram Live' telah menjadi viral di media sosial.

Menurut Astro awani, dalam video tersebut Michael mengatakan bahawa dia amat terkejut dengan tindakan Fathia yang selama ini dikenali sebagai seorang pelakon yang menjaga tertib sebagai seorang muslim.

“Kenapa dia (Fathia) menari macam ni, dalam drama pegang tangan pun tak nak,” kata Michael.

Komen 'pedas' Micheal itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, malah tidak kurang juga yang bersetuju dengan sindiran Michael selain menyifatkan perlakuan Fathia di dalam video itu sebagai memalukan.

Fathia sebelum ini menafikan dirinya terlibat dalam video Bigo Live yang tular di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Namun, pelakon ini akhirnya tampil membuat pengakuan pada Selasa bahawa dialah wanita menari seksi di dalam video tersebut selain membuat permohonan maaf.

Pelbagai reaksi diberikan netizen selepas pengakuan dibuat Fathia termasuk yang menyuruh bekas kekasih pelakon Aiman Hakim itu menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran.

Tidak kurang juga yang menyelar tindakan Fathia dan menganggap dia tidak berfikir sebelum bertindak melakukan sesuatu. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...