Skip to main content

Lagi Ahli Politik Positif COVID-19 Selepas Pulang Dari Sabah


JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Nor Hayati Bachok hari ini mengesahkan beliau positif COVID-19.

Norhayati ketika dihubungi berkata, pengesahan itu diperoleh selepas menjalani ujian pengesanan kali kedua, Ahad lalu walaupun keputusan ujian pertama pada 26 September negatif.

Katanya, beliau kini dirawat di Hospital Kluang.

"Apa-apa perkembangan sila baca kenyataan saya dalam Facebook," katanya.


Sementara itu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Maharani akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan status kesihatan dan keputusan saringan COVID-19 wakil rakyat berkenaan dan keluarganya.

Menerusi kenyataan dikeluarkan PKWR yang dimuat naik di Facebook ADUN Maharani, Nor Hayati Bachok, laporan polis juga sudah dibuat selepas pihaknya mengenal pasti individu yang menyebarkan maklumat sulit berkenaan.

"Pihak PKWR ADUN Maharani mengambil maklum penularan mesej mengenai status kesihatan ADUN Maharani, Nor Hayati Bachok, yang turut mendedahkan maklumat peribadi beliau dan keluarga.

"Pihak kami sudah mengenal pasti individu yang mula menyebarkan mesej berkenaan dan membuat laporan polis serta bakal disusuli dengan tindakan undang-undang.

"Kami menggesa masyarakat menghentikan penyebaran maklumat peribadi beliau dan keluarga yang bercanggah dengan undang-undang dan boleh dikenakan tindakan," kata kenyataan berkenaan.

Sejak pagi tadi, laporan penuh keputusan saringan Nor Hayati yang didakwa positif COVID-19 tular di media sosial sekali gus mencetuskan kekecohan.

Menerusi kenyataan berkenaan, Nor Hayati dilaporkan kembali dari Sabah pada 26 September lalu, sebelum menjalani ujian saringan pertama dan didapati negatif.

Walaupun tiada sebarang arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kuarantin atau pengasingan, Nor Hayati dilaporkan mengambil inisiatif sendiri menjalani kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri.

Beliau kemudian menjalani ujian saringan kedua pada Ahad lalu dan menyambung pengasingan kendiri sehingga dimaklumkan keputusannya semalam.

"Pihak kami berdukacita dengan perkhabaran bahawa beliau didapati positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan.

"Namun begitu, beliau sentiasa mematuhi segala arahan KKM dan pihak kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam mencegah penularan," menurut kenyataan itu. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut