Video: Ronaldo Sebuat "Inshallah!" Di Instagram Live Sokong Khabib Akan Menang Lawan Justin Gaethje


LONDON: Cristiano Ronaldo 'sudah tentu' menyokong Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan untuk menewaskan Justin Gaethje pada UFC 254.

Khabib yang tidak pernah tewas menjadi tajuk utama Fight Island minggu depan berdepan Gaethje dalam kategori lightweight.

Dan ikon Portugal itu yang kini menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 - meramalkan Khabib, 32, akan mengekalkan mahkotanya.

Ronaldo membalas menerusi Instagram 'live stream': "Sudah tentu, sudah tentu, Khabib akan menang!

"Saudaraku! Inshallah!"

Dua bintang ternama itu sebelum ini bertemu pada 2018, ketika kedua-duanya bergambar dan Khabib memegang jersi bintang Real Madrid itu.

Ronaldo ialah peminat UFC dan sebelum ini berlatih dengan bekas lawan Khabib, Conor McGregor, 32.

McGregor dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu bertemu di Las Vegas pada 2016.

Ronaldo kemudian menjemput bintang Ireland itu dan jurulatihnya, John Kavanagh ke majlis keraian Jennifer Lopez. - Berita Harian Online