Skip to main content

Video: Bertindak Provokasi Terhadap Polis Empat Lelaki Mabuk Ditahan


Empat lelaki mabuk ditahan selepas bertindak melakukan provokasi dengan menghalang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, lelaki berusia di antara 25 hingga 41 tahun itu ditangkap anggota unit peronda polis (MPV) Muallim dalam kejadian pada jam 3.30 pagi.

Pihaknya menerima maklumat terdapat sekumpulan lelaki sedang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik yang kuat di tempat kejadian.

Setibanya di lokasi, didapati empat lelaki sedang mabuk dan berada di luar kereta yang diletakkan di tepi jalan.

Anggota MPV telah memberi nasihat agar mereka beredar dan tidak membuat bising.

Bagaimanapun dua daripada mereka mengamuk dan menyerang anggota tersebut dengan menolak badan serta mengeluarkan kata-kata kesat.

Salah seorang suspek juga bertindak merakam video dan cuba membuat provokasi ke atas anggota polis.
Siasatan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 6(1) dan Seksyen 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 serta Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ujian air kencing ke atas kesemua suspek adalah negatif dan mereka direman tiga hari sehingga Ahad dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video mengenai kejadian itu tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki melakukan provokasi terhadap seorang anggota polis. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut