Skip to main content

5 Lelaki Didakwa Rogol Remaja 12 Tahun


Lima lelaki termasuk dua remaja didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rogol berkumpulan terhadap seorang murid Tahun Enam pada September lalu.

Namun kedua-dua tertuduh berusia 16 dan 17 tahun bersama tiga rakan mereka, Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 21, Muhammad Ghardafi Abdullah, 20, dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 23, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama.

Mengikut pertuduhan, mereka berusia antara 16 hingga 23 tahun didakwa bersama-sama merogol mangsa yang berusia 12 tahun secara berkumpulan antara jam 9 malam hingga 11 malam di dalam ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, Dungun pada 29 September lalu.

Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Kedua-dua remaja serta tertuduh, Mohd Ghadafi diwakili peguam bela Nik Mohd Radhia Nik Mohd Abd Ghani, manakala tertuduh, Ahmad Syah Herfudin diwakili peguam bela, Masliela Ismail.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kes tersebut melibatkan mangsa yang masih kanak-kanak dan disebabkan kejadian itu, mangsa mengalami tekanan teruk serta trauma sehingga tidak mahu ke sekolah.

Selain itu, pihak pendakwaan memberi alasan demi keselamatan mangsa dan ahli keluarga terdekat kerana keluarga mangsa ada mengadu selepas kejadian, mereka diganggu selain menerima ugutan daripada keluarga tertuduh dan kejadian ini sudah menjadi tular di laman sosial.

Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan rayuan kesemua tertuduh, mahkamah membenarkan mereka dibebaskan dengan jaminan RM18,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan kedua-dua remaja berkenaan diarahkan dihantar ke Asrama Rusila Marang sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM). - Sinar Harian

 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut