Skip to main content

Lima Mangsa Pemerdagangan Manusia Pulang Ke Tanah Air


SEPANG: Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk dijadikan 'scammer' sebuah syarikat di Laos pulang ke tanah air hari ini.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.50 malam menaiki pesawat Thai Smile dari Vientiane, Laos ke Bangkok, Thailand dan kemudian ke KLIA.

Kepulangan mereka disambut Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN Malaysia) En Zack, Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim

Musa yang juga bekas Ketua Polis Negara berkata, mangsa berjaya melarikan diri sejak dua minggu lalu dengan bantuan penduduk tempatan dan berlindung di sebuah rumah.

Menurutnya, kesemua mangsa menghubungi keluarga di Malaysia minta diselamatkan yang turut menghubungi MHO dan MACC bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, sindiket juga menghebahkan 'kehilangan' mereka di media sosial dan orang ramai yang dapat memberi maklumat akan diberikan ganjaran sebanyak RMB1juta.

"Sepanjang mereka di rumah penduduk tempatan, mereka dibantu Kedutaan Malaysia yang terletak sejauh 600 kilometer dari tempat mereka berlindung sebelum kesemua mangsa dibawa ke kedutaan.

"Pihak Polis Antarabangsa (INTERPOL) juga dimaklumkan mengenai lima mangsa terbabit sebelum membantu dari aspek keselamatan bagi membolehkan mereka dibawa ke Lapangan Terbang Laos untuk pulang ke tanah air," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa berkata, mereka berada di Laos sejak Mac lalu dan dijadikan 'scammer' didalangi warga China.

Menurutnya, mereka ditempatkan di sebuah bangunan dan hanya menerima sekali gaji sepanjang lapan bulan serta diberikan kad untuk mendapatkan makanan di kantin.

"Saya juga dimaklumkan sekiranya sindiket berjaya menangkap kami, kami akan dijual ke Myanmar.

"Setakat ini, terdapat empat lelaki warga Malaysia ditahan di bangunan sindiket," katanya.


Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) akan membawa memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta campur tangan badan dunia itu terhadap isu berkenaan.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.

Beliau berkata terdapat perkembangan positif dari Kemboja dan Laos dalam operasi menyelamatkan mangsa, namun situasi di Myanmar masih lagi buntu seakan-akan kerajaan negara itu tidak menghiraukan jenayah pemerdagangan manusia terhadap rakyat Malaysia.

"Di Kemboja dan Laos kita lihat ada penglibatan serius polis negara tersebut untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

"Malangnya sindiket itu kini membawa rakyat Malaysia di Kemboja dan Laos untuk diseludup ke Myanmar," katanya.

Musa berkata operasi menyelamatkan mangsa sindiket tersebut di Myanmar mengalami kesukaran dan mencadangkan Wisma Putra menghantar nota bantahan kepada kerajaan negara itu.

Selain itu, beliau berkata perkara itu harus dibawa ke Sidang Kemuncak ASEAN dan PBB yang merupakan platform tertinggi untuk mengetengahkan isu tersebut.

Beliau berkata Tabung Kemanusiaan telah dilancarkan oleh MCCC untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang masih terkandas, memandangkan pelbagai faktor seperti penginapan, logistik dan bayaran kompaun kepada imigresen di negara terbabit melibatkan kos yang tinggi.

Bagaimanapun, Musa berkata satu tabung khas perlu diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang masih terkandas di negara-negara itu.

Sementara itu, seorang mangsa yang dikenali sebagai Tham berkata beliau tertipu dengan iklan kerja di media sosial yang menjanjikan gaji 7,000 yuan (RM4,568) sebulan, Mac lepas.

Katanya beliau menyedari ditipu apabila dibawa ke satu bangunan di wilayah Bokeo, Laos, serta ditahan oleh warga China yang mempunyai senjata.

"Mulanya kita diberitahu kerja di pusat panggilan tetapi sampai sana baru tahu kerja sebagai scammer (penipu). Kita dibawa ke bangunan yang masih tidak siap diubah suai dan pergerakan dikawal.

"Jika tidak dapat mencapai sasaran kita akan didenda seperti berlari 80 tingkat malah ada orang yang dipukul sehingga kaki patah dan kepala pecah," katanya.

Tham berkata beliau bersama abangnya yang juga mangsa serta dua lagi individu, meminta supaya dilepaskan tetapi diberitahu perlu membayar 500,000 yuan seorang (RM326,587).

Katanya, dia bersama tiga orang lagi melarikan diri dengan bantuan orang tempatan dan bersembunyi, namun mendapati ada wang ganjaran sebanyak 1 juta yuan (RM653,175) ditawarkan untuk menangkap mereka.

Tham yang bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Malaysia di Laos, kerajaan Malaysia, polis, MHO dan MCCC yang tidak pernah berputus asa untuk membantu mereka pulang.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...