Neelofa akhirnya dedah wajah Bilal

Pengacara dan usahawan, Neelofa akhirnya berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Harris melalui sebuah hantaran video di Instagram sebentar tadi.

Dalam hantaran tersebut, Neelofa berkongsi harapan dan doa yang ditujukan khas buat anak sulungnya itu.

"Ummi doakan Bilal meniadi asbab agama tersebar seluruh alam.

"Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…,” tulis Neelofa.

Menjengah ke ruangan komen, ramai selebriti serta peminat meluahkan rasa teruja melihat wajah comel Bilal serta turut menitipkan doa yang terbaik buat bayi yang kini berusia 8 bulan itu.

Terdahulu, tular wajah Bilal di platform TikTok selepas seorang pengguna platform itu memuat naik sebuah klip video memaparkan Neelofa memegang anaknya itu di sebuah klinik.

Neelofa semalam mengakui amat terkilan dengan perbuatan individu terbabit yang menyebarkan imej Bilal tanpa izin.