Skip to main content

MHO Berjaya Menyelamatkan 7 Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa Perdagangkan Manusia Di Kemboja


Baru-baru ini, salah seorang wakil MHO Azirul Shafiq telah ke Kemboja bagi mendapatkan maklumat serta menawarkan bantuan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas disana. 

Semasa beliau disana dikahabarkan diantara rakyat Malaysia yang telah diselamatkan terpaksa menunggu masa untuk balik ke Malaysia kerana tidak mampu atau kekurangan wang bagi menampung kos pembelian tiket, pembayaran denda, 

kos makan dan minum serta kos-kos lain berkaitan kerana mereka telahpun ditipu oleh sindiket penipuan kerja terbabit. 

Pihak MHO juga akan turut membantu mempermudahkan urusan mereka dari segi persiapan dokumen-dokumen perjalanan pulang serta lain-lain berkaitan. 

Pada 20hb Oktober 2022, wakil MHO tersebut telah berjaya menyelamatkan tujuh (7) orang daripada rakyat Malaysia yang terdiri daripada enam orang lelaki dan seorang perempuan berbangsa melayu di sebuah lokasi berhampiran sempadan negara Vietnam iaitu lebih kurang dua (2) jam dari Phnom Penh. 

Pihak Kedutaan Malaysia telahpun dimaklumkan mengenai perkara ini dan pegawaipegawai daripada Kedutaan Malaysia telahpun hadir ke lokasi terbabit. 

Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) 2 Kini mereka telah selamat ditempatkan di sebuah tempat oleh pihak Kedutaan Malaysia dan sejurus itu mereka akan diuruskan oleh pihak kedutaan dan setelah proses selesai mereka akan dihantar pulang ke tanah air. 

Pihak MHO berterima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Kemboja, PDRM dan NGO-NGO yang telah memberikan sokongan padu pada usaha ini seperti MCCC, AL-Ehsan, Semboyan, PAKIN serta semua NGO yang terlibat secara langsung dan tidak lansgung. 

Oleh yang demikian, pihak kami berharap serta menyeru supaya semua pihak bersama-sama meneruskan usaha dan berkerjasama kerana masih ramai mangsa yang terkandas di luar sana. Sekian, terima kasih. DATO’ HISHAMUDDIN BIN HASHIM SETIAUSAHA AGUNG (MHO)

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut