Skip to main content

Eagle Fight Team Setanding Jaguh Tomoi Siam Menang Empat Pingat Emas


Hulu Selangor - aksi lincah empat peninju remaja muaythai ternyata berbaloi apabila melakar kemenangan empat pingat emas dalam Kejohanan Pusaka Ultimate Fight yang telah berlangsung pada 21 April di kompleks sukan masjid tanah Melaka.

Aminuddin (kecix berapi), Amir (amer rekka), Iqmal( mal fighter), Hakimi (kimi bloodbrother) , yang mewakili Kelab Eagle Fight Team memenangi 4 perlawanan pertandingan yang disertai mereka.

Penglibatan Eagle Fight Team pada kejohanan tersebut mendapat sokongan daripada ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Tuan Muhaimin Harith bin Abdullah Sani. Turut sama memberi sokongan ialah badan NGO Pertubuhan Pimpinan Muda Progresif Selangor (ASPERS) dan Pertubuhan Srikandi Desa Selangor.

Kata Tuan Muhaimin Harith, sukan berkenaan berimpak tinggi dan bakal meraih perhatian anak muda selain mudah dikembangkan kerana ia penuh aksi dan mampu menarik golongan muda mengamalkan hidup sihat menerusi aktiviti ini berbanding memilih saluran ekstriem yang tidak memberi faedah.

“Bagi saya, sukan ini mampu berkembang pesat serta meraih populariti dalam kalangan orang muda untuk beriadah menggunakan saluran betul, Biarpun tampak agresif, saya lihat sukan ini memberi penekanan pada jati diri dan disiplin.

“Dalam sudut lain, saya mahu anak muda sekitar Hulu Selangor menjadikan sukan ini sebagai pilihan untuk membina disiplin baik dari segi rohani mahupun jasmani kerana ia lebih sihat berbanding kegiatan melepak mahupun membuang masa.

Menurut pengurus pasukan Eagle Fight Team Muhammad Amirul Hazreen turut berperanan sebagai jurulatih, Kemenangan ini dilihat dapat menjadi pemangkin kepada golongan anak muda untuk menceburkan diri dengan aktiviti berfaedah dan dapat membina jati diri.

"Saya sanggup mengorbankan kerjaya memastikan budak-budak ini mendapat pendedahan dan latihan sempurna untuk setiap pertandingan yang kami sertai.

“Harapan saya besar dalam melihat pasukan Eagle Fight Team berkembang dengan penerimaan optimis orang ramai sekitar Selangor.

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...