Skip to main content

Israel Jadikan Masjid Kelab Malam Cetus Kemarahan Umat Islam


Pihak berkuasa Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila menukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang diduduki menjadi sebuah kelab malam.

Permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di wilayah Safad.

Difahamkan, Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke-13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar.

Ia mula diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.

Bangunan itu pada mulanya dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya Parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

"Masjid Al Ahmar mendapat namanya kerana ia dibina menggunakan batu berwarna merah. Hari ini, masjid itu dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat bagi penduduk Muslim.

"Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri. Ia dibina oleh Mameluke Sultan Al Daher Baibar (1223-1277 Sebelum Masihi)," kata ahli sejarah dan penduduk tempatan, Mustafa Abbas.

Tambahnya, penduduk Islam yang melawat masjid berkenaan sering berdepan serangan pendatang Yahudi.

Sementara itu, Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkatkan kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid itu daripada sebarang pelanggaran.

Beberapa tahun lalu, rejim Zionis dilihat sengaja mencetuskan konfrontasi apabila membuka beberapa bar dan pusat hiburan berhampiran Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam. - Astro AWANI
 


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...