Skip to main content

Ada Yang Mengaku Suami Isteri Ada Yang Lari Tinggakkan Pasangan Dalam Bilik


Seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet bagi meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa dalam Ops Banteras Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sempena Hari Pekerja, Isnin malam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata lelaki itu disyaki keluar melalui tingkap tandas yang dibukanya sendiri sebelum melarikan diri dan meninggalkan pasangannya di dalam bilik.

Beliau berkata ibu tunggal dan penjawat awam adalah antara lima pasangan kekasih rakyat tempatan berumur antara 18 dan 43 tahun yang ditahan dalam serbuan berasingan membabitkan 19 penguatkuasa bermula 10 malam hingga 12 malam di lima hotel bajet sekitar kawasan Perling dan Danga Bay, di Johor Bahru.

Katanya ada pasangan yang ditahan itu mengakui kononnya mereka pasangan suami isteri, namun, setelah diperiksa menukar kenyataan bahawa mereka sudah bertunang.

"Kesemua mereka ditahan kerana berada di dalam satu bilik, disyaki melakukan khalwat dan mendatangkan syak bersama pasangan bukan mahram,” katanya kepada pemberita selepas Ops Banteras itu, malam tadi.

Turut menyertai operasi berkenaan, Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor Tosrin Jarvanthi.

Halid berkata, kesemua mereka ditahan tidak lebih 24 jam dan akan diikat jamin oleh waris.

"Kita juga akan merekodkan keterangan mereka sebelum diserahkan ke bahagian pendakwaan," katanya.

Kesemua pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 27(1) a dan b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat yang membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut