Skip to main content

Ibu Saudara Dapat Hak Jagaan Nur Firuza Amira Dan Nur Firuza Aqila


KUALA LUMPUR- [KEMASKINI] Pertikaian hak jagaan antara ibu saudara dan nenek anak mangsa nahas kemalangan maut Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) tiga tahun lalu, menemui jalan nokhtah hari ini apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberi hak jagaan kanak-kanak tersebut kepada Yusnidah Hussain.

Hakim Syarie, Zaim Md Yudin membuat keputusan itu sekali gus membenarkan permohonan Yusnidah,51, selaku plaintif yang juga ibu saudara kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 11, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 8.

Zaim dalam keputusannya berkata, hak penjagaan kekal diberikan kepada Yusnidah manakala nenek kanak-kanak berkenaan, Wirda Syamsuddin (defendan) diberikan hak lawatan.

"Cuti persekolahan dibahagi dua iaitu separuh pertama diberikan kepada plaintif dan separuh lagi diberikan kepada defendan.

"Cuti perayaan diberikan secara bergilir- gilir bermula tahun 2019 diberikan kepada plaintif dan tahun berikutnya kepada defendan," katanya.

Dalam penghakimannya Zaim berkata, kebajikan kanak-kanak tersebut adalah menjadi keutamaan.

Nur Firuza Amira yang telah mumaiyiz dalam keterangannya menyatakan suka dan selesa tinggal bersama plaintif.

"Dia juga menyatakan mudah untuknya menziarahi kubur kedua ibu bapanya," katanya.

Tambahnya perkara sama dizahirkan oleh Nur Firuza Aqila kepada mahkamah.

Yusnidah ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memanjatkan rasa syukur atas keputusan itu.

"Alhamdulilah, empat tahun (prosiding berjalan), akhirnya memihak kepada saya untuk menjaga mereka yang saya anggap seperti anak kandung sendiri," katanya.

Dalam prosiding itu, Yusnidah diwakili peguam syarie Mahyuddin Md Zahari manakala Wirda diwakili peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff.

Pada 11 Ogos 2015, Yusnidah, 51, diberikan hak penjagaan sementara ke atas dua kanak-kanak berkenaan.

Yusnidah Hussain memfailkan permohonan hadanah pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan menamakan Wirda sebagai defendan.

Dalam kejadian pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, maut dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves, di sini. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...