Skip to main content

NGO Desak PDRM Bertindak Segera Kes Penipuan Pelaburan Saham

 

KUALA LUMPUR:Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas laporan polis yang dibuat mangsa skim pelaburan saham melibatkan anggaran kerugian RM350,000, yang didakwa ditawarkan sebuah syarikat pelaburan pertanian.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pertubuhan itu menerima rungutan daripada pengadu bahawa aduan mereka tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Pengadu telah membuat laporan polis namun tiada tindakan susulan dilakukan malah kenyataan mangsa juga tidak ambil,” dakwanya dalam sidang akhbar di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut Hishamuddin, MHO telah mengambil tindakan dengan menghantar surat bagi memohon perkembangan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) terlibat namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

“Perkara ini perlu dibawa ke perhatian Jabatan Peguam kerana tidak mahu ada individu yang bertanggungjawab terlepas daripada muka pengadilan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes penipuan itu semakin menjadi-jadi dan perlu ditunjukkan satu ketegasan dengan mendakwa mereka yang terlibat menerusi semua peruntukan undang-undang berkaitan supaya menjadi pengajaran pihak lain di luar sana.

Dalam pada itu, seorang mangsa yang juga bekas penjawat awam meluahkan rasa kecewa kerana tiada siasatan dilakukan terhadap aduan yang dilakukannya.

“Kami sudi memberi kerjasama kepada polis seandainya usaha dan tindakan diperlukan dari pihak mereka untuk melengkapkan siasatan,” katanya. –

kenyataan mangsa juga tidak ambil,” dakwanya dalam sidang akhbar di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurut Hishamuddin, MHO telah mengambil tindakan dengan menghantar surat bagi memohon perkembangan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) terlibat namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.

“Perkara ini perlu dibawa ke perhatian Jabatan Peguam kerana tidak mahu ada individu yang bertanggungjawab terlepas daripada muka pengadilan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes penipuan itu semakin menjadi-jadi dan perlu ditunjukkan satu ketegasan dengan mendakwa mereka yang terlibat menerusi semua peruntukan undang-undang berkaitan supaya menjadi pengajaran pihak lain di luar sana.

Dalam pada itu, seorang mangsa yang juga bekas penjawat awam meluahkan rasa kecewa kerana tiada siasatan dilakukan terhadap aduan yang dilakukannya.

“Kami sudi memberi kerjasama kepada polis seandainya usaha dan tindakan diperlukan dari pihak mereka untuk melengkapkan siasatan,” katanya

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...