Kesalahan Rogol Beramai-Ramai, Bekas Anggota Kumpulan F.T ISLAND Dipenjara Lima Tahun



Bekas anggota kumpulan F.T ISLAND, Choi Jong Hoon dan penyanyi Jung Joon Young didapati bersalah atas tindakan merogol secara beramai-ramai yang membabitkan mangsa lain dan kejadian berbeza pada tahun 2016.

Mahkamah Daerah Seoul Tengah memutuskan Joon Young dipenjara enam tahun atas kesalahan rogol dan mengedarkan video seks yang diambil tanpa kerelaan pasangannya manakala Jong Hoon pula dipenjara lima tahun.

Joon Young juga didapati bersalah secara berasingan kerana merakam dirinya mengadakan seks dengan wanita tanpa pengetahuan mereka dan menyebarkan rakaman berkenaan bersama rakan lain diruangan sembang (Kakao Talk) tanpa keizinan mangsa.

Kedua-duanya didakwa atas tuduhan merogol wanita semasa malam parti di Hongcheon, Wilayah Gangwon, pada Januari 2016 dan di Daegu pada Mac tahun yang sama.

Sebaik mendengar keputusan mahkamah, kedua-duanya tidak dapat menahan emosi dan menangis apabila mendengar keputusan mahkamah itu.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pesalah untuk menjalani program pemulihan seks selama 80 jam dan dilarang daripada bekerja di fasiliti kanak-kanak dan belia untuk tempoh lima tahun.

Terdahulu, Joon Young juga mengakui telah merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkan video itu tanpa kebenaran sekurang-kurangnya 10 wanita. - Sumber: Allkpop, Soompi