Skip to main content

Masih Tidak Peduli? Ucapkan Selamat Tnggal Kepada Mereka



BERMULA daripada kematian tiga serangkai badak sumbu Sumatera terakhir di negara - Puntung, Tam hinggalah kepada Iman, semuanya kini hanya tinggal kenangan.

Penyesalan sahaja tidak boleh mengembalikan populasi spesies itu. Memang sudah tercatat dalam sejarah Malaysia bahawa spesies itu sudahpun pupus.

Tanpa kita sedari, sebenarnya kerakusan manusia yang tidak pernah mengenal erti cukup – bukan hanya akan menyebabkan kita kehilangan mamalia istimewa itu, malah khazanah negara yang lain juga.

Mengikut rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), setakat ini dianggarkan sebanyak 26 spesies haiwan tergolong dalam kategori terancam di Malaysia.

Janganlah nanti tiada siapa lagi yang peduli dan hanya mahu meneruskan kepentingan spesies manusia sahaja, tanpa mahu mengakui dunia ini dikongsi dengan jutaan spesies lain.

Jika itu terjadi, satu per satu spesies haiwan berikut ini juga sedang menunggu giliran menerima nasib yang sama dengan Puntung, Tam dan Iman.

HARIMAU MALAYA

Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) merupakan salah satu subspesies harimau belang yang masih wujud di dunia dan hanya terdapat di Semenanjung Malaysia.

Spesies karnivor ini hidup bersendirian kecuali ketika hendak mengawan atau masih beranak kecil. Proses mengawan berlaku sepanjang tahun dan menghasilkan dua atau tiga ekor anak.

Daripada sembilan subspesies harimau belang di dunia, tiga daripadanya telah diisytiharkan pupus.

Populasi: Dianggarkan kurang 200 ekor.

Saiz: Secara purata Harimau Malaya bersaiz 2.4 meter panjang dan seberat 120 kilogram.

Habitat: Belum-Temengor (Perak), Taman Negara (Pahang, Terengganu, Kelantan) dan Endau-Rompin (Johor, Pahang).

Ancaman kepupusan: Pemburuan haram, perdagangan hidupan liar, kehilangan habitat, dan kekurangan sumber makanan.

SELADANG

Seladang atau nama saintifiknya, Bos gaurus merupakan mamalia darat kedua terbesar di Malaysia selepas gajah. Biasanya, spesies ini tinggal di hutan Tropika atau mendiami kawasan hutan tanah pamah.

Usia matang seladang yang berada dalam kurungan adalah sekitar dua tahun empat bulan. Di habitat asal, pembiakan spesies ini berlaku sepanjang tahun walaupun terdapat tempoh kemuncak antara bulan Disember dan Jun.

Populasi: Anggaran sekitar 600 hingga 800 ekor.

Saiz: Seladang jantan dan betina dibezakan berdasarkan tanduk yang melebar. Bagi seladang jantan, saiz besar dan berat adalah sekitar satu tan, manakala bagi seladang betina, saiz badan dan berat adalah kira-kira 700 kilogram (kg).

Habitat: Di Semenanjung Malaysia - spesies Bos gaurus hubbacki boleh ditemui di Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu.

Ancaman kepupusan: Pemburuan, habitat, haiwan pemangsa

GAJAH PYGMY

Gajah pygmy Borneo juga dikenali dengan panggilan gajah kerdil Borneo atau nama saintifiknya Elephas maximus borneensis.

Ia merupakan sub spesies terkecil di dunia dan boleh ditemui di timur Sabah dan utara Kalimantan.

Lebih kecil berbanding gajah Asia yang lain, pygmy Borneo mempunyai ekor yang lebih panjang yang hampir mencecah ke tanah, selain gading yang lebih tegak.

Spesies ini boleh hidup sehingga 60 tahun di hutan liar, sementara 80 tahun dalam kurungan.

Spesies yang suka makan durian ini melahirkan seekor anak dalam tempoh empat hingga enam tahun dan hanya mempunyai kira-kira tujuh ekor anak sepanjang hayat haiwan tersebut.

Populasi: Setakat 2018, sekitar 2,000 ekor gajah pygmy Borneo dikesan di Sabah.

Saiz: Gajah pygmy Borneo yang berusia enam bulan mempunyai ketinggian 1.5 meter, sementara gajah dewasa berusia lima tahun berukuran 2.4 meter. Spesies ini mempunyai berat kurang daripada dua tan.

Habitat: Di kawasan tanah rendah dan lembah, dan boleh ditemui di bahagian selatan dan timur Sabah.

Ancaman kepupusan: Kemusnahan kawasan hutan tanah rendah, dan pencerobohan manusia seperti kegiatan pemburuan dan pembalakan

Sementara itu, berikut adalah senarai haiwan-haiwan lain yang terancam di Malaysia:

  • Gajah
  • Tapir
  • Tenggiling
  • Banteng
  • Kambing Gurun
  • Burung Botak Upeh
  • Burung Botak kecil
  • Rusa Sambar
  • Beruang Matahari
  • Kubung
  • Beruk Kentoi
  • Ungka
  • Siamang
  • Kongkang
  • Serigala
  • Kucing Tulap
  • Harimau dahan
  • Harimau bintang
  • Kucing dahan
  • Memerang
  • Burung Merak Hijau
  • Burung Merak Pongsu
  • Burung Kuang Gunung

Sumber: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...