Powered by Blogger.

Tuesday, November 26, 2019

Mabuk Punya Pasal... Menunggang Skuter Dalam Keadaan Bogel


BALI - Gara-gara mabuk, dua pelancong di Australia menunggang skuter dalam keadaan berbogel di kolam renang di Bali, Indonesia.

Pemandu dikenali Raymond, 23, telah menyiarkan video aksinya di laman Instagram miliknya hingga tular di laman sosial.

Sejurus tular video itu, penduduk di Bali menyelar tindakan pelancong itu yang disifatkan tidak menghormati budaya di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Raymond menolak tuduhan itu dan memberi alasan tindakan luar batasan itu kerana dia dibawah pengaruh alkohol.

Raymond juga menegaskan, skuter itu miliknya dan menggunakan selama empat bulan ketika di Bali.

"Saya tidak terlalu peduli orang mahu gelar saya lelaki tidak matang dan itu bukan skuter sewa seperti dakwaan sesetengah pihak," katanya lapor Mirror.

Dalam pada itu, netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana kelakuannya cukup biadab.

Malek berkata, "Tolong... ada rasa hormat." - Sinar Harian