Skip to main content

Kerajaan Akan Dedah Isu Penuh Kes MH370 Yang Hilang.


Selepas empat tahun nahas pesawat MH370 yang berlaku pada  8 Mac 2014 Ia membawa 227 orang penumpang dari 15 buah negara dan 12 orang anak kapal majoriti penumpang ialah rakyat China, hari kerajaan bercadang mendedahkan laporan penuh misi percarian pesawat malang itu.

Menurut laporan Sinar Harian, "Laporan penuh misi percarian pesawat malang MH370 akan dibentangkan secara terperinci dan telus kepada umum," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited (Ocean Infinity) dijangka menyerahkan laporan penuh kepada kerajaan dalam masa terdekat selepas tempoh pencarian pesawat itu tamat esok.

Katanya, laporan berkenaan akan disiarkan secara terperinci tanpa suntingan kepada umum selepas dibentangkan kepada Kabinet.

"Saya amat serius dalam isu ini, namun saya tak boleh jamin 100 peratus pesawat itu boleh ditemui. Saya hanya menteri, bukannya pakar penerbangan.

"Namun kita beri jaminan laporan itu akan diterbitkan secara terbuka dan telus tanpa mengubah atau sembunyikan apa-apa kandungan termasuklah elemen kontroversi," katanya selepas lawatan kerja di Ibu Pejabat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), di sini hari ini.

Januari lalu, Ocean Infinity memulakan misi mencari MH370 dan menyasar tempoh 90 hari berdasarkan terma No Cure, No Fee (tiada penemuan, tiada bayaran).

Penerbangan Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 orang apabila pesawat tersebut dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Dalam perkembangan lain, Loke mengarahkan Mavcom menjalankan kajian khas untuk menetapkan harga siling bagi tiket penerbangan terutama ketika musim perayaan.

"Rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan harga tiket yang mahal setiap kali tiba musim perayaan, terutama penduduk Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung dan sebaliknya.

"Ia (kajian) perlu dilaksanakan segera untuk kita tetapkan kadar yang sesuai dan perlukan pandangan daripada pakar untuk kenal pasti kesannya kepada industri dan pasaran penerbangan." katanya.

Dalam lawatan kerja hampir 40 minit itu, Loke antara lain turut membincangkan beberapa isu lain berhubung industri penerbangan.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Mavcom, Tan Sri Abdullah Ahmad. Sinar Harian.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...