Skip to main content

Rupanya Menyorok Bawah Tangga.


Bukit Beruntung - Seorang remaja perempuan nekad melarikan diri dari rumahnya selepas dikatakan merajuk dengan ibunya.

Remaja perempuan tersebut yang berusia 17 tahun masih lagi bersekolah dikatakan telah keluar dari rumahnya yang terletak di Taman Widuri 2 pada waktu pagi bagi pergi ke sekolah dan sepatutnya dia pulang semula ke rumah pada pukul 6 petang.

Kehilangan pelajar berkenaan telah tular di media sosial sejak hari dia dilaporkan hilang selepas keluarga remaja terbabit meminta bantuan orang ramai bagi menjejaki pelajar berkenaan yang telah hilang.

Menurut laporan sinar Harian, bapanya pelajar tersebut Wan Abdul Halim Wan Chik, 53, berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa kira-kira jam 10.30 malam hari kejadian kerana bimbang keselamatan anak bongsu daripada lima beradik itu.

“Cikgu beritahu anak saya memang datang ke sekolah kelmarin dan ada tuisyen pada sebelah petang sebelum difahamkan ke rumah rakan untuk berhari raya.

“Pagi tadi (semalam), saya pergi sekolah berjumpa pengetua dan cikgu untuk mencari anak tapi tak jumpa sebelum saya ke stesen bas Smart di Bukit Sentosa.

“Saya bertemu seorang pemandu bas bernama Basri dan meminta tolong dia tengok dekat mana-mana perhentian stesen bas sekitar sini, mana tahu nampak anak saya,” katanya.

Wan Abdul Halim berkata, dia turut berusaha mencari di sekitar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung dengan keyakinan anaknya tidak pergi jauh kerana tidak mempunyai wang.

Menurutnya, kira-kira jam 1.10 petang, dia dihubungi pemandu bas tersebut yang memaklumkan menjumpai anaknya di stesen bas Pekan Kuala Kubu Bharu. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...