Skip to main content

Aidil ditemui terbaring dalam semak


MELAKA - Remaja lelaki yang hilang ketika mencari lembu ditemui terbaring di bawah pokok di kawasan semak Kampung Permatang Pasir, di sini, awal pagi Jumaat.

Mangsa, Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, dijumpai dalam keadaan lemah kira-kira jam 2.08 pagi di belakang rumah penduduk.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi Omera Omar berkata, remaja itu ditemui pada jarak kira-kira 600 meter dari pos kawalan bomba yang diaktifkan sejak malam Rabu lalu selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa.

“Mangsa yang ditemui selamat dan dalam keadaan lemah telah diberikan rawatan awal dengan bantuan pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan pos kawalan bomba ditutup sepenuhnya pada jam 3.52 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas, mengesahkan penemuan remaja itu dalam keadaan sedar.

Menurutnya, anggota petugas di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang sedang membuat rondaan di Jalan Sidang Hashim telah dimaklumkan oleh penduduk kampung bahawa mereka terdengar suara mengerang di kawasan belakang rumah.

“Petugas PKTK ke lokasi bersama penduduk kampung dan menjumpai orang hilang dalam keadaan terbaring di bawah pokok sebelum dibawa ke hospital,” katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, turut memuat naik status mengenai penemuan remaja berkenaan yang disahkan selamat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian termasuk mereka yang mendoakan keselamatan mangsa.

“Alhamdulillah, adik Aidil dah jumpa. Macam mana jumpa, jangan tanya Mat. Korang tengoklah, ramai buat live,” tulisnya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa Muhamad Aidil Asyraf, yang dilaporkan hilang ketika mencari lembu sejak Rabu lalu, ditemukan dalam keadaan lemah di Kampung Permatang Pasir awal pagi Jumaat.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pernu itu, yang memakai baju-T berwarna hijau, ditemui oleh penduduk bersama pasukan bomba.

Berdasarkan siaran langsung di aplikasi TikTok, anak kedua daripada enam beradik itu dilihat terpaksa dipapah oleh dua anggota bomba, manakala kedengaran penduduk kampung melaungkan azan ketika kejadian.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...