Powered by Blogger.

Monday, October 29, 2018

Imuniti Untuk Zamani, Tak Adil Bagi Peserta Lain - Farahdhiya


PENYANYI, Farahdhiya menganggap imuniti yang diberikan kepada penyanyi Zamani adalah tidak adil bagi peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang lain.

"Ini adalah pertandingan, mereka kena adil kepada peserta lain yang telah membuat persembahan dengan sehabis baik," katanya.

Sementara itu, Farahdhiya yang juga merupakan naib juara GV2, turut menjawab soalan netizen yang mendakwa dia pernah memberikan alasan sakit peti suara rosak.

Pun begitu, Farahdhiya, 34, berkata sakit dan alasan adalah dua perkara berbeza.

"Saya sakit bukan dibuat-buat dan saya jadi bottom two tapi rezeki saya juri pilih untuk ke final.

"So jangan persoalkan rezeki orang, jangan ada busuk hati. For your info di Gv ada juri professional yg menilai dari semua segi," jelasnya

Dalam Twit Faradhiya turut memuji keberanian Zamani.

"Hope he feels better soon. Kesian tengok Zamani tadi. Salute him for coming out on stage walaupun he could not perform," katanya. - Sinar Harian