Video Menggerunkan... Hutan Bernafas Dengan Aneh


QUEBEC - KANADA . Satu rakaman video aneh dan menggerunkan dirakam berlaku di kawasan hutan di Quebec di sini.

Rakaman itu tular setelah dimuatnaik di Twitter, Daniel Holland hingga mendapat 4.09 juta tontonan dalam durasi 16 saat malah Twitter itu memperolehi perkongsian hampir 30,000 netizen dan lebih 82,000 tanda suka.

Menerusi video itu memperlihat pergerakan turun naik tanah seolah-olah berlaku letupan mahupun rekahan di bawah tanah.

Namun ia bukan seperti itu sebaliknya mendapat jolokan 'hutan bernafas' kerana berlaku pergerakan bumi.

Video yang diambil di Sacre Coeur, Quebec berjaya menarik perhatian portal Network Weather.

Dikatakan fenomena itu berlaku kerana angin kencang mendorong kepada tarikan akar pokok di bawah tanah menjadikan ia kelihatan seperti bernafas dan beralun.

Walaupun hutan tidak bernafas tetapi pokok-pokok mengambil karbon dioksida daripada udara yang dikeluarkan melalui proses perkumuhan manusia, haiwan dan sebaliknya, pokok akan mengeluarkan oksigen dinamakan proses fotosintesis.

Tetapi tidak seperti manusia, proses ini tidak perlu menghirup dan menghembuskan nafas seperti yang dilihat dalam video berkenaan bagaimanapun fenomena itu dianggap luar biasa. - Sinar Harian