Menurut perkongsian tersebut, anjing milik jirannya didakwa kerap membuang najis di kawasan rumah sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan. Pemilik juga mendakwa anjing berkenaan jarang dibawa berjalan.
Dalam kejadian yang dirakam CCTV, individu terbabit mendakwa ketika mahu keluar dari rumah, anjing jiran tersebut menyalak berhampiran pembahagi rumah dan kepalanya dipercayai terjulur ke kawasan rumahnya.
Keadaan itu didakwa menyebabkan anak-anaknya berasa takut untuk bermain di luar rumah.
Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan sesetengah pihak berpendapat pemilik haiwan perlu memastikan anjing sentiasa dikawal dan tidak mengganggu jiran, manakala isu kejiranan sebaiknya diselesaikan secara baik. - Kredit: Khairom Nizam