Powered by Blogger.

Saturday, February 29, 2020

Ini Penjelasan GPS Kedudukan Parti Selepas Pelantikan Muhyiddin Yassin Sebagai PM

Hasil carian imej untuk gps sarawak
KUALA LUMPUR : Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah sebuah parti yang mesra dengan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-8.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu, turut menyebut sokongan GPS kepada Muhyiddin itu adalah demi kepentingan negara dan menyelamatkan Malaysia daripada kemelut politik yang berlarutan sejak Ahad lalu.

"GPS bagaimanapun bukan ahli komponen Perikatan Nasional sebaliknya hanya sebuah parti yang bersifat mesra kepada gabungan itu," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berasingan berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sebagai Perdana Menteri menggantikan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong. - Astro AWANI