Powered by Blogger.

Sunday, February 23, 2020

Anwar Meninggalkan Kediaman, Dakwa Pergi Kerja

Anwar meninggalkan kediaman, dakwa pergi bekerja
Ketika timbul desas-desus mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pagi ini, Anwar dilihat meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut pada jam 8.53 pagi.

Bagaimanapun, ketika ditemui media, Presiden PKR itu menjelaskan, beliau hanya keluar bekerja.

“Saya pergi kerja,” katanya secara ringkas kepada media.

Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat meninggalkan rumahnya menaiki kereta jenis Lexus berwarna hitam, diiringi kenderaan pengiring.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan ke mana beliau pergi, sama ada bertemu Dr Mahathir atau sebaliknya. - Astro AWANI