Skip to main content

Tak Mustahil Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri Ke 8

SHAH ALAM - Pembentukan kerajaan baharu menerusi gabungan Perikatan Nasional dijangka akan terus mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian, beliau beranggapan demikian susulan sokongan dinyatakan parti lain kepada Dr Mahathir sangat luar biasa.

Beliau berkata, akuan bersumpah (SD) yang dihantar presiden parti lain juga menunjukkan komitmen yang tinggi kepada Dr Mahathir malah parti DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga menyatakan sokongan sama walaupun bukan dalam gabungan baharu tersebut.

"Ini bermakna Dr Mahathir masih meraih sokongan majoriti tanpa perlu pembubaran Parlimen.

"Pembubaran Parlimen pula hanya wujud jika Yang di-Pertuan Agong merasakan tiada mana-mana individu yang dapat sokongan jelas atau majoriti mudah untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

"Dalam isu ini, jika kita lihat pada angka yang dipegang oleh gabungan kerajaan baharu, saya rasa tidak wujud walaupun rakyat di bawah mahu pembubaran kerana merasakan mandat diberi oleh mereka tetapi Yang di-Pertuan Agong akan menggunakan kebijaksanaannya sebagai Raja Melayu dalam menentukan masa depan kepimpinan negara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Terdahulu, spekulasi pembentukan kerajaan gabungan baharu semakin kuat selepas Mesyuarat Majlis Presiden berlangsung pada Jumaat lalu sehingga membawa kepada pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir selain mengesahkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Susulan itu, seramai 11 ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan Zuraida Kamaruddin (Ampang) mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PH semalam bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.

Mengulas mengenai ramalan komposisi kedudukan jemaah menteri dalam kerajaan gabungan baharu itu, Sivamurugan berkata, ia akan menjadi antara perkara yang harus dipertimbangkan oleh Perdana Menteri baharu.

Beliau berkata, ia meliputi soal apakah bilangan itu akan berdasarkan komposisi parti ataupun menjadi kuasa mutlak Perdana Menteri untuk menentukan walaupun bilangan kerusi itu kecil tetapi ada kemungkinan bilangan mereka yang menganggotai Kabinet dari parti besar.

"Itu boleh berlaku dan Perdana Menteri baharu juga ada kuasa mutlak untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan Kabinet baharu.

"Mungkin komposisi itu tadi bergantung kepada bilangan besarnya parti itu dalam kolaborasi ini tetapi itu tidak menjadi faktor utama.

"Sekarang ini ia terpulang kepada siapakah yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi Menteri Kanan, apakah akan ada presiden parti yang tidak dijadikan sebagai anggota Kabinet, itu semua boleh berlaku. Namun akhirnya, ia tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sivamurugan berkata, segala yang berlaku ketika ini turut memberi impak secara total bukan sahaja kepada kerajaan Persekutuan tetapi juga kerajaan negeri serta agensi-agensi lantikan politik.

"Antara negeri-negeri terjejas seperti kerajaan Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka semua akan berdepan perubahan kepimpinan malah lantikan agensi tertentu juga akan digugurkan bergantung kepada pihak yang akan mengambil alih sama ada untuk mengekalkan atau menggugurkan mereka," katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...